Kini sudah sampai ke titik akhir apabila perhitungan 2 negara akan berlaku pada 18 Disember 2022 dimana akan berlangsung Final bagi kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 selepas masing-masing berjaya mengharungi pusingan Separuh Akhir pada sebelumnya.
Buat pasukan yang tewas, iaitu Morocco dan Croatia akan bertemu dalam Penentuan Tempat Ketiga sekali gus membawa pingat gangsa kejohanan yang mana akan berlansung sehari sebelum final iaitu pada 17 Disember 2022.
Perhitungan final kali ini bakal mempertemukan Argentina dan penyandang juara, France yang mana masing-masing mencari kejuaraan kali ketiga FIFA World Cup. Pastinya akan berlaku persaingan epik antara kedua-dua negara tersebut.
Jadual & Keputusan Final & Tempat Ketiga Piala Dunia FIFA Qatar 2022
Sejurus selepas tamat perlawanan playoff third place akan berlangsung penyampaian pingat gangsa kepada pasukan yang menang sekali gus menjadi pasukan bola sepak ketiga terkuat di dunia. Manakala penyampaian trofi piala dunia akan berlangsung pada malam final sejurus selepas tamat permainan juga.
BACA : Hadiah Wang Tunai Dimenangi Setiap Pasukan Di Piala Dunia Qatar 2022
Perlawanan-perlawanan ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro FWC 825 dan Astro Supersport UHD 805 serta secara onlined di Astro Go. Selain itu, turut dipancarkan di saluran RTM TV2, TV Okey dan juga laman striming RTM Klik secara percuma.
Berikut merupakan senarai jadual dan keptusan bagi kedua-dua perlawanan penentuan tempat ketiga dan final Piala Dunia FIFA Qatar 2022 mengikut waktu Malaysia.
Penentuan Tempat Ketiga
FT : Morroco (2) - (1) Croatia
Josko Gvardiol 7'
Achraf Dari 9'
Mislav Orsic 42'
Tarikh : Sabtu, 17 Disember 2022
Waktu : 11.00 Malam
Tempat : Stadium Khalifa International
Tayangan : TV2, TV Okey, Astro FWC 825
Final
AET : Argentina (3) - (3) France [Pen: 4-2]
Lionel Messi 23' (P)
Angel Di Maria 36'
Kylian Mbappe 80' (P)
Kylian Mbappe 81'
Lionel Messi 109'
Kylian Mbappe 118' (P)
Tarikh : Ahad, 18 Disember 2022
Waktu : 11.00 Malam
Tempat : Stadium Lusail Iconic
Tayangan : TV2, TV Okey, Astro FWC 825
ARGENTINA JUARA PIALA DUNIA FIFA 2022