Peringkat Kalah Mati untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022 merupakan peringkat terakhir selepas tamat di peringkat kumpulan. Untuk peringkat Kalah Mati terdapat pusingan 16 terbaik, suku akhir, separuh akhir dan final.
Pusingan 16 terbaik akan bermula pada 3 Disember sehingga 7 Disember 2022. Dua pasukan terbaik (juara dan naib juara) bagi setiap kumpulan yang mana kesemuanya sebanyak 16 pasukan layak untuk pusingan ini.
Format Peringkat Kalah Mati Pusingan 16 Piala Dunia FIFA Qatar 2022
Format peringkat kalah mati tidak sama seperti dalam peringkat kumpulan. Jika perlawanan berlanjutan sehingga tamat perlawanan 90-minit tanpa ada pemenang, perlawanan akan diteruskan untuk Masa Tambahan (Extra Time). Jika masih belum boleh ditentukan, pemenang perlawanan akan ditentukan menerusi Tendangan Penalti (penalty shoot-out).
Jadi pasukan yang kalah akan terkandas di peringkat ini. Manakala pasukan yang berjaya memenangi perlawanan tersebut, akan mara ke pusingan Suku Akhir dan jika berjaya ke Separuh Akhir atau terus ke Final.
Pasukan Yang Layak Ke Pusingan 16 FIFA World Cup Qatar 2022
Berikut merupakan senarai 16 pasukan yang berjaya mara ke Pusingan 16 dengan kedudukan sebagai juara dan naib juara bagi setiap kumpulan.
Kumpulan | Juara | Naib Juara |
---|---|---|
A | Netherlands | Senegal |
B | England | USA |
C | Argentina | Poland |
D | France | Australia |
E | Japan | Spain |
F | Morocco | Croatia |
G | Brazil | Switzerland |
H | Portugal | South Korea |
Jadual & Keputusan Pusingan 16 Piala Dunia FIFA Qatar 2022
Kesemua perlawanan boleh disaksikan secara langsung menerusi 2 saluran khas Astro di Astro FWC 825 dan Astro FWC 826 juga strim secara online di Astro Go. Manakala 41 perlawanan boleh disaksikan secara percuma di saluran RTM di TV2, TV Okey dan Sukan RTM serta boleh strim di rtmklik.rtm.gov.my
Isnin, 3 Disember 2022
FT : Netherlands (3) - (1) USA - 11.00PM di RTM & Astro
Selasa, 4 Disember 2022
FT : Argentina (2) - (1) Australia - 3.00AM di RTM & Astro
FT : France (3) - (1) Poland - 11.00PM di Astro
Isnin, 5 Disember 2022
FT : England (3) - (0) Senegal - 3.00AM di Astro
AET : Japan (1) - (1) Croatia [Pen: 1-3] - 11.00PM di Astro
Selasa, 6 Disember 2022
FT : Brazil (4) - (1) South Korea - 3.00AM di RTM & Astro
AET : Morocco (0) - (0) Spain [Pen: 3-0] - 11.00PM di RTM & Astro
Rabu, 7 Disember 2022
FT : Portugal (6) - (1) Switzerland - 3.00AM di Astro
Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut berkaitan FIFA World Cup Qatar 2022, anda boleh pergi ke laman web rasmi di www.fifa.com/qatar2022