Perjalan hingga ke akhir kini sudah semakin hampir apabila pada 9 hingga 11 Disember 2022 ini akan bermula pusingan Suku Akhir bagi kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 selepas mengharungi pusingan ke-16 pada sebelumnya.
Suku Akhir bakal memperlihatkan 8 pasukan yang tinggal dan pastinya yang terkuat bagi meneruskan cabaran dalam acara sukan bola sepak paling berprestij ini bagi merebut gelaran Juara Piala Dunia FIFA edisi 2022.
Dalam pusingan ini terdapat 4 perlawanan dengan melibatkan 8 pasukan. Antara yang berjaya melayakkan diri ke pusingan Suku Akhir adalah :
- Netherlands
- Argentina
- France
- England
- Croatia
- Brazil
- Morocco
- Portugal
*senarai penuh
Format Peringkat Kalah Mati Suku Akhir FIFA World Cup Qatar 2022
Format pertandingan bagi pusingan Suku Akhir sama seperti Pusingan Ke-16 dimana pasukan yang menang bakal meneruskan cabaran ke pusingan Separuh Akhir.
Jika tiada penentu dalam tempoh 90-minit, perlawanan akan diheret ke masa tambahan. Jika masih buntu, pemenang akan ditentukan menerusi tendangan penalti (penalty shoot-out).
Jadual & Keputusan Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022
Kesemua empat perlawanan akan berlangsung dalam dua tempoh waktu sahaja iaitu pada jam 11.00 malam dan 3.00 pagi untuk waktu Malaysia.
Juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro FWC 825 dan 826 serta saluran RTM di TV2, TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga strim secara online di Astro Go khusus untuk pelanggan Astro dan RTM Klik secara percuma untuk semua.
Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan semua perlawanan bagi peringkat kalah mati di pusingan Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 mengikut waktu Malaysia
Jumaat, 9 Disember 2022
AET : Croatia (1) - (1) Brazil [Pen : 4-2] - 9.00PM di RTM dan Astro
Sabtu, 10 Disember 2022
AET : Netherlands (2) - (2) Argentina [Pen : 3-4] - 3.00AM di Astro
FT : Morocco (1) - (0) Portugal - 11.00PM di Astro
Ahad, 11 Disember 2022
FT : England (1) - (2) France - 3.00AM di RTM dan Astro
Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut berkaitan FIFA World Cup Qatar 2022, anda boleh pergi ke laman web rasmi di www.fifa.com/qatar2022