Jadual Persabahatan Antarabangsa 2022 Malaysia Menentang Kemboja Dan Maldives

Jadual Persabahatan Antarabangsa 2022 Malaysia Menentang Kemboja Dan Maldives

Pasukan bola sepak kebangsaan, Malaysia akan mengharungi dua perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 2022 menentang Kemboja pada 9 Disember 2022 dan Maldive pada 14 Disember 2022 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium KL.

Perlawanan ini dibawah kalendar FIFA, jadi Malaysia perlukan kemenangan bagi menentang pasukan Kemboja yang menduduki ranking 177 dan Maldives ranking 154 supaya tiada lagi keciciran point sekali gus dapat memperbaiki ranking.

Selain itu, perlawanan persahabatan ini juga adalah medan terbaik bagi menguji skuad Harimau Malaysia dibawah pengendali Kim Pan Gon sebelum kejohanan AFF Mitsubishi Electric Cup2022 yang dijadualkan bermula pada 20 Disember ini.

Inilah masanya, para pemain mendapatkan keserasian dalam pasukan sekali gus memberikan cabaran yang sengit dalam kejohanan tersebut yang mana kali terakhir dimenangi pasukan Malaysia adalah pada tahun 2010.

Jadual & Keputusan Aksi Persahabatan Antarabangsa 2022 Melibatkan Pasukan Malaysia

Kedua-dua aksi persahabatan ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Jadi jika anda berada di berdekatan atau berkesempatan untuk datang, boleh dapatkan tiket secara online di www.tickethotline.com.my/International dengan harga RM30 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Tapi kalau tak dapat hadir ke stadium, jangan risau! Kedua-dua perlawanan ini turut disiarkan secara langsung (live) di saluran Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go. Selain itu, ianya juga turut disiarkan di saluran TV9 atau boleh strim di watch.tonton.com.my

9 Disember 2022 (Jumaat)

FT : Malaysia (4) - (0) Kemboja

Faisal Halim 11'
Lee Tuck 38'
Faisal Halim 45+2'
Stuart Wilkin 86'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan : Astro Arena 801 dan TV9
Live Streaming : Live 1 | Live 2

14 Disember 2022 (Rabu)

FT : Malaysia (3) - (0) Maldives

Darren Lok 24'
Faisal Halim 64'
Lee Tuck 88'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras
Tayangan : Astro Arena 801 dan TV9
Live Streaming : Live 1 | Live 2

Jadual Persabahatan Antarabangsa 2022 Malaysia Menentang Kemboja Dan Maldives

Post a Comment

Previous Post Next Post