Senarai Pemenang ABK Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022

Senarai Pemenang ABK Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022

Sebentar tadi telah berlangsung majlis dan acara berprestij bola sepak tempatan iaitu Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22), sekali gus mengumumkan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

ABK diadakan setiap tahun adalah bertujuan memberikan pengiktirafan kepada pencapaian yang telah diraih pelbagai pihak kepada arena bola sepak tanah air terutamanya kepada pemain dan jurulatih dalam kancah Liga Malaysia musim ini.

Terdapat 16 kesemuanya kategori anugerah yang dipertandingkan dengna 7 daripadanya ditentukan pemenang daripada keputusan undian dibuat oleh 22 ketua jurulatih, 22 ketua pasukan Liga Super dan Liga Premier serta 22 wakil media.

Manakala 2 kategori iaitu Gol Terbaik dan Fan XI ditentukan berdasarkan undian online daripada para penyokong menerusi platform SurveyMonkey yang dibuat sebelum ini.

Senarai Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022

Majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) telah diadakan secara virtual pada 15 Disember 2022, Khamis bermula pada jam 9.00 malam serta disiarkan di saluran unifiTV 701, aplikasi unifi playTV, Youtube unifi dan facebook Live MFL secara langsung.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi 16 kategori yang dipertandingkan di ABK22:

Penjaring Terbanyak Liga Super 2022

Bergson da Silva (JDT) - 29 gol

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022

Darren Lok (KL City) - 10 gol

Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022

Abu Kamara (Kuching City) - 11 gol

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022

Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC) dan Daryl Sham (JDT II) - 9 gol

Penjaga Gol Terbaik

  • Ahmad Syihan Hazmi (Negeri Sembilan) - Pemenang
  • Kalamullah Al-Hafiz (PJ City)
  • Rahadiazli Rahalim (Terengganu)

Pertahanan Terbaik

  • Ahmad Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan)
  • La'vere Corbin- Ong (JDT)
  • Shahrul Saad (JDT) - Pemenang

Pemain Tengah Terbaik

  • Afiq Fazail (JDT) - Pemenang
  • Baddrol Bakhtiar (Sabah FC)
  • Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor)

Penyerang Terbaik

  • Arif Aiman Hanapi (JDT) - Pemenang
  • Darren Lok (PJ City)
  • Faisal Abdul Halim (Terengganu)

Jurulatih Terbaik

  • Bojan Hodak (KL City)
  • Datuk Ong Kim Swee (Sabah FC)
  • Nafuzi Zain (Terengganu) - Pemenang

Pemain Muda Terbaik

  • Arif Aiman Hanapi (JDT) - Pemenang
  • Azam Azmi Murad (Terengganu)
  • Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor)

Pemain Import Terbaik

  • Bergson Da Silva (JDT) - Pemenang
  • Fernando Forestieri (JDT)
  • Paulo Josue (KL City)

Pasukan Terbaik

Johor Darul Ta'zim

Anugerah Fair Play

PJ City FC

Gol Terbaik Liga Malaysia 2022

Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor) - Link

Pemain Paling Bernilai (MVP)

Arif Aiman Hanapi (JDT)

Fan XI

Senarai Pemenang ABK Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022

Post a Comment

Previous Post Next Post