Perjalanan kini hampir sampai ke penghujung apabila pada 14 dan 15 Disember 2022 ini akan bermula pusingan Separuh Akhir bagi kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 selepas mengharungi pusingan suku akhir pada sebelumnya.
Separuh Akhir bakal memperlihatkan 4 pasukan yang tinggal dan pastinya yang terkuat bagi meneruskan cabaran dalam acara sukan bola sepak paling berprestij ini bagi merebut gelaran Juara Piala Dunia FIFA bagi edisi 2022.
Pasukan Morocco buat kali pertama menjadi pasukan daripada benua Afrika yang layak ke pusingan separuh akhir selepas menumbangkan Portugal dengan hanya jaringan 1-0 sahaja. Selain itu, penyandang juara, France juga layak selepas menghantar England pulang dalam dengan jaringan 2-1.
Manakala Argentina dan Croatia masing-masing layak ke pusingan separuh akhir hanya dengan menerusi penentuan sepakan penalti dengan masing-masing berjaya mengalahkan Netherlands (4-3) dan Brazil (4-2).
Format Peringkat Kalah Mati Pusingan Separuh Akhir FIFA World Cup Qatar 2022
Format pertandingan bagi pusingan separuh akhir masih sama seperti pusingan sebelumnya. Setiap pasukan akan mengharungi 90 minit perlawanan. Jika tiada pemenang selepas tamat sepenuh masa, perlawanan akan diteruskan ke masa tambahan selama 30 minit. Sekiranya masih tiada pemenang, akan ditentukan dalam penentuan sepakan penalti.
Pasukan yang berjaya dalam pusingan ini akan melayakkan diri ke pentas akhir atau final yang dijadualkan berlangsung pada 18 Disember 2022. Manakala yang tewas akan mengharungi perlawanan bagi penentuan tempat ketiga dan keempat pada 17 Disember 2022.
Jadual & Keputusan Separuh Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022
Kedua-dua perlawanan akan berlangsung dalam satu tempoh waktu sahaja tetapi hari berlainan pada pukul 3.00 pagi untuk waktu Malaysia. Jadi kena jadi burung hantu la lepas ni.
Perlawanan-perlawanan ini akan disiarkan secara lansung menerusi saluran Astro FWC 825 serta saluran RTM di TV2, TV Okey dan Sukan RTM. Jika tiada tv, anda juga boleh strim atau tonton secara online di Astro Go untuk pelanggan Astro dan RTM Klik untuk semua secara percuma.
Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan bagi kedua-dua perlawanan bagi peringkat kalah mati di pusingan Separuh Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 mengikut waktu Malaysia
Khamis, 14 Disember 2022
FT : *Argentina (3) - (0) Croatia
Lionel Messi 34' (P)
Julian Alvarez 39', 69'
Masa : 3.00 AM
Venue : Stadium Lusail Iconic
Tayangan : TV2, TV Okey & Astro FWC 825
Live Streaming : Live 1 | Live 2
Jumaat, 15 Disember 2022
FT : *France (2) - (0) Morocco
Theo Hernandez 5'
Randal Kolo Muani 79'
Masa : 3.00 AM
Venue : Stadium Al Bayt
Tayangan : TV2, TV Okey & Astro FWC 825
Live Streaming : Live 1 | Live 2
Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut berkaitan FIFA World Cup Qatar 2022, anda boleh pergi ke laman web rasmi di www.fifa.com/qatar2022