Jom datang beramai-ramai ke mana-mana 14 lokasi Skrin Besar yang disediakan bagi menyaksikan perlawanan Malaysia vs Thailand dalam aksi Separuh Akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 pada 7 Januari 2023, Sabtu.
Mungkin ramai anda kecewa apabila tidak berjaya untuk mendapatkan tiket masuk berikutan jualannya sudah habis pada hari kedua lagi dan ditambah pula sebanyak 21 ribu kerusi terpaksa dikosongkan bagi memberi laluan kepada pemasangan pentas untuk konsert Jay Chou.
Tapi jangan risau, dengan adanya skrin besar ini, kita masih lagi boleh merasai kehangatan menonton perlawanan bola sepak beramai-ramai sama seperti di stadium. Kita boleh berikan semangat padu kepada semua pemain Harimau Malaya. Kita boleh chant bersama-sama. Kita boleh meraikan jaringan beramai-ramai juga.
Jadi jangan terlepas untuk hadir kemana-mana lokasi skrin besar yang telah disediakan oleh pihak KBS khusus untuk semua rakyat Malaysia. Datang beramai-ramai untuk memeriahkan suasana sambil menonton aksi pasukan Malaysia
Senarai 14 Lokasi Skrin Besar Untuk Menyaksikan Perlawanan Malaysia VS Thailand
Malaysia akan mengharungi dua perlawanan timbal balik di pusingan separuh akhir menentang Thailand iaitu secara Home dan Away. Pada 7 Januari 2023, Malaysia akan menjadi tuan rumah di Stadium Nasional Bukit Jalil dan pada 10 Januari nanti, giliran Thailand akan menerima kunjungan Malaysia di Stadium Thammasat.
Apapun yang berlaku, kita perlu harungi dahulu perlawanan di tanah air kita ini dengan jayanya. Jadi jom ramai-ramai hadir ke lokasi Big Screen seperti dibawah
- Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
- Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
- Kompleks Belia & Sukan Batu Uban, Pulau Pinang
- Meow Garden, Ulu Kinta, Perak
- Laman MBPJ, Petaling Jaya, Selangor
- Dataran Kemerdekaan, Shah Alam Selangor
- Perkarangan Majlis Perbadaran Sepang, Selangor
- Dataran Stadium Kajang, Selangor
- Dataran Tanah Lesen, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam Selangor
- Kompleks Belia & Sukan Paroi, Negeri Sembilan
- Restoren Al Marjan MITC, Ayer Keroh Melaka
- Dewan Bandaraya Kuantan Pahang
- MYDIN Petrajaya, Kuching, Sarawak
- Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah