Jadual & Keputusan Kejohanan Piala Harapan 2023

Jadual & Keputusan Kejohanan Piala Harapan 2023

Sebelum bermulanya sepak mula Liga Super 2023, semua pasukan kini giat menjalankan perlawanan persahabatan pramusim termasuk Penang FC apabila menjadi titik pertemuan antara 3 kelab lain menerusi kejohanan Piala Harapan 2023

Ianya sebuah perlawanan persahabatan tetapi dalam suasana pertandingan yang mana akan berlangsung selama 4 hari iaitu bermula 1 hingga 4 Februari 2023 yang mana kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Lebih menarik apabila kejohanan ini bukan sahaja disertai oleh kelab bola sepak tempatan iaitu Penang FC, Selangor FC dan Kedah FC tetapi dipercantikkan dengan kehadiran tetamu istimewa dari Singapura iaitu kelab Geylang International FC.

Belum mula lagi, tapi peminat bola sepak tempatan sudah disajikan dengan aksi perlawanan yang cukup hebat dimana masing-masing mempunyai sejarah bola sepak yang unik dan tersendiri. Sini juga kita boleh lihat aksi pemain-pemain baru bagi setiap kelab.

Jadual Dan Keputusan Kejohanan Piala Harapan 2023

Disebabkan kesemua perlawanan dijalankan di Batu Kawan, jadi tiada sebab la kan orang Pulau Pianng tak datang sendiri dan tonton secara live beramai-ramai di stadium. Orang Kedah yang berdekat pun boleh join sekali. Harga tiket RM15 dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Final, RM20 untuk dewasa

Tapi jangan risau kalau anda tidak berkesempatan datang ke stadium, tapi nak juga tonton perlawanan ini secara live. Ini kerana akan disediakan tontonan secara live striming di facebook rasmi Penang FC dengan bayaran RM16.90 untuk satu game. Untuk perlawanan penentuan tempat ke 3/4 dan final, kedua-duanya berharga RM20.00. Boleh langgan di Youtube Penang FC.

Cara nak langgan, anda boleh pergi ke link yang disediakan dibawah bagi setiap perlawanan yang berlangsung. Anda bayar menerusi Google Play dengan menggunakan ShopeePay, TnG, perbankan online, kad debit/kredit dan sebagainya.

Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa melibatkan semua perlawanan yang berlangsung dalam kejohanan Piala Harapan 2023

1 Februari 2023 (Rabu)

FT : Penang FC (4) - (0) Geylang International FC

  • Azmeer Aris 2'
  • Rafael Vitor 28'
  • Rahmat Makasuf 34'
  • Gomes 82'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan
Live Streaming : Facebook Penang FC

2 Februari 2023 (Khamis)

FT : Selangor FC (0) - (0) Kedah Darul Aman FC

  • Penalti : 6-5

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan
Live Streaming : Facebook Penang FC

4 Februari 2023 (Sabtu) - Penentuan 3/4

FT : Kedah Darul Aman FC (2) - (1) Geylang International FC

  • Zharmien Ashraf 31'
  • Al Hafiz 37'
  • Vincent Bezecourt  40'

Masa : 5.30 Petang
Tempat : Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan
Live Streaming : Youtube Penang FC

4 Februari 2023 (Sabtu) - Final

FT : Penang FC (2) - (1) Selangor FC

  • Mukhairi Ajmal 25'
  • Soony Saad 74', 88'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan
Live Streaming : Youtube Penang FC

Jadual & Keputusan Kejohanan Piala Harapan 2023

Post a Comment

Previous Post Next Post