Kini sudah sampai ke kemuncak apabila dua pasukan hoki terhebat kini akan bertemu bagi meraih kejuaraan dalam final Piala Dunia Hoki 2023 yang akan berlangsung pada 29 Januari 2023, hari Ahad.
Pada perlawanan pertama pusingan separuh akhir, Jerman berjaya menumbangkan pasukan no. 1 dunia, Australia dengan jaringan 4-3 sekali gus memberikan peluang untuk Jerman meraih gelaran juara kali ke-3.
Manakala juara bertahan, Belgium terpaksa bermandi peluh bagi menghadapi Belanda apabila kemenangan hanya ditentukan menerusi penalty shoot-out yang berkesudahan 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 2-2 sepanjang 60 minit perlawanan.
Jadi untuk pusingan akhir Piala Dunia FIH Lelaki 2023, kita bakal saksikan pasukan no. 2 dunia ketika ini, Belgium akan melawan pasukan no.4 dunia Jerman.
Tayangan Siaran Langsung Perlawanan Final Piala Dunia Hoki 2023
Untuk final Piala Dunia Hoki, anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 811 atau boleh juga strim secara online di Astro Go. Selain itu, akan dibawakan juga menerusi saluran RTM TV Okey dan Sukan RTM serta secara striming di RTM Klik.
Jika tidak berkesempatan untuk menonton di tv, perlawanan ini juga anda boleh saksikan secara online menerusi laman web rasmi Watch Hokey di https://watch.hockey yang mana anda boleh tonton secara percuma.
Jadual & Keputusan Final Piala Dunia Hoki 2023
Berikut merupakan jadual dan keputusan bagi aksi final Piala Dunia Hoki 2023 beserta penentuan tempat ke-3 sekali gus meraih gangsa dalam kejohanan ini
29 Januari 2023 (Ahad)
[Penentuan Gangsa]
FT : Australia (1) - (3) Belanda
- Jeremy Hayward 12' (PC)
- Jip Janssen 32' (PC)
- Thierry Brinkman 34' (FG) , 39' (FG)
Masa : 7.00 PM
Tempat : Stadium Hoki Kalinga Bhubaneswar, India
Tayangan : Astro Superspot 811, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Astro Go, RTM Klik & Watch Hockey
[Final]
FT : Jerman (3) - (3) Belgium (Pen: 4-5)
- Van Aubel Florent 9' (FG)
- Tanguy Cosyns 10' (FG)
- Niklas Wellen 28' (PC)
- Gonzalo Peillat 40' (PC)
- Mats Grambusch 47' (FG)
- Tom Boon 58' (PC)
Masa : 9.30 PM
Tempat : Stadium Hoki Kalinga Bhubaneswar, India
Tayangan : Astro Superspot 811, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Astro Go, RTM Klik & Watch Hockey
Jerman juara Piala Dunia Hoki 2023
Pasukan manakah yang bakal bergelar juara dunia hoki 2023?