Jadual Dan Keputusan Badminton BWF Indonesia Masters 2023

Jadual & Keputusan Kejohanan Badminton BWF Indonesia Masters 2023

Tidak cukup di India, kini pemain-pemain badminton meneruskan cabaran ke Asia Tenggara kembali bagi menyertai kejohanan Daihatsu Indonesia Masters 2023 dimana akan berlangsung bermula 24 hingga 29 Januari 2023 bertempat di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia.

Terbuka Indonesia merupakan antara kejohanan yang tersenarai dalam kalendar BWF World Tour 2023 dimana ianya merupakan acara Super 500 dengan menarawarkan mata rangking serta hadiah wang tunai dengan jumlah keseluruhan USD420,000 (~RM1.8 Juta)

Senarai Pemain Malaysia Dalam Indonesia Masters 2023

Berikut merupakan senarai pemain Malaysia yang layak dan bertanding dalam kejohanan ini untuk pemain dibawah naungan BAM serta pemain-pemain profesional negara untuk setiap kategori.

Perseorangan Lelaki - Ng Tze Yong, Lee Zee Jia [2], Yeoh Seng Zoe, Cheam June Wei [Q]

Perseorangan Wanita - Tiada Wakil

Beregu Lelaki -  Tan Kian Meng/Tan Wee Kiong, Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik, Boon Xin Yuan, Wong Tien Ci [Q]

Beregu Wanita - Vivian Hoo/Lim Chiew Sien, Tan Pearly [6]/Thinaah Muralitharan

Beregu Campuran - Goh Soon Huat [6]/Lai Shevon Jemie, Tan Kian Meng [2]/Lai Pei Jing

Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton Indonesia Masters 2023

Barisan pemain termasuk dari Malaysia akan bermula daripada pusingan kelayakan dan bagi berjaya akan meneruskan cabaran ke pusingan awal, Pusingan 32 sehinggalah ke peringkat akhir dengan format secara kalah mati.

Anda boleh saksikan perlawanan badminton untuk kejohanan ini menerusi saluran Astro Supersport 814 atau secara online di astrogo.astro.com.my. Walaubagaimanapun tayangan siaran langsung hanya akan bermula pada hari ketiga di round of 16.

Jika tidak berkesempatan untuk menonton di Astro, anda boleh saksikan secara striming di laman youtube rasmi BWF di BWF TV dengan sambungan VPN bermula pada hari pertama lagi.

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan yang hanya melibatkan pemain-pemain Malaysia sepanjang kejohanan Indonesia Masters 2023 berlangsung. Keputusan akan dikemaskini selepas tamat perlawanan.

24 Januari 2023 (Selasa) - Kelayakan [Q] & Pusingan 32

Perlawanan pembukaan pada pukul 9.00 pagi waktu Malaysia

[Pusingan Kelayakan]

[MS] Koki Watanabe (JPN) vs (MAS) Cheam June Wei - [19-21, 21-7, 17-21]

[MS] Gulshan Kumar (IND) vs (MAS) Yeoh Seng Zoe - [21-8, 21-14]

[MD] Dong Adam/Nyl Yakura (CAN) vs (MAS) Boon Xin Yuan/Wong Tien Ci - [15-21, 19-21]

[MS] Sai Praneeth (IND) vs (MAS) Cheam June Wei - [18-21, 19-21]

[Pusingan 32]

[XD] Tan Kian Meng/Tan Wee Kiong (MAS) vs (IND) K Garaga/V Panjala - [21-17, 21-9]

[WD] Yujia Jin/Wong Jia Ying Crystal (SGP) vs (MAS) Tan Pearly/Thinaah M - [8-21, 13-21]

[WD] Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS) vs (TPE) Lee Chia Hsin/Teng Chun Hsun - [21-18, 21-17]

--------------------------------------------

25 Januari 2023 (Rabu) - Pusingan 32

Perlawanan pembukaan pada pukul 9.00 pagi waktu Malaysia

[MD] Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) vs (MAS) Boon Xin Yuan/Wong Tien Ci - [21-14, 21-9]

[MS] Vittinghus (DEN) vs (MAS) Ng Tze Yong - [7-21, 14-21]

[XD] M Christiansen/Alexandra Boje (DEN) vs (MAS) Goh Soon Huat [6]/Lai Shevon Jemie - [6-21, 21-23]

[XD] J Jansen/Linda Efler (GER) vs (MAS) Tan Kian Meng [2]/Lai Pei Jing - [10-21, 10-21]

[MS] Lin Chun-Yi (TPE) vs (MAS) Lee Zii Jia [2] - [18-21, 17-21]

[MS] Cheam June Wei (MAS) vs (HKG) Ng Ka Long Angus - [6-21, 15-21]

--------------------------------------------

26 Januari 2023 (Khamis) - Pusingan 16

Perlawanan pembukaan pada pukul 10.00 pagi waktu Malaysia

[MD] Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (CHN) Liang Wei Keng/Wang Chang - [23-20, 21-13]

[MS] Lakshya Sen [7] (IND) vs (MAS) Ng Tze Yong - [19-21, 21-8, 21-17]

[XD] Mathias Thyrri/Amalie Magelund (DEN) vs (MAS) Goh Soon Huat [6]/Lai Shevon Jemie - [19-21, 16-21]

[MD] Tan Kian Meng/Tan Wee Kiong (MAS) vs (JPN) Kelichiro Matsui/Yoshinori Takeuchi - [17-21, 17-21]

[WD] Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS) vs (MAS) Pearly Tan [6]/Thinaah M - [13-21, 16-21]

[MS] Ng Ka Long Angus (HKG) vs (MAS) Lee Zii Jia [2] - [16-21, 22-20, 21-13]

[XD] Hidayatullah/Aisyah Pranata (IND) vs (MAS) Tan Kiang Meng [2]/Lai Pei Jing - [21-15, 7-21, 21-14]

--------------------------------------------

27 Januari 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

Perlawanan pembukaan pada pukul 2.00 petang waktu Malaysia

[MD] Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (CHN) He Ji Ting/Zhou Hao Dong - [17-21, 10-21]

[WD] Tan Pearly [6]/Thniaah M (MAS) vs (CHN) Li Wen Mei/Liu Xuan Xuan - [21-10, 21-12]

[XD] Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (FRA) Thom Gicquel [3]/Delphine Delrue - [16-21, 19-21]

--------------------------------------------

28 Januari 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

Perlawanan pembukaan pada pukul 12.00 tengah hari waktu Malaysia

[WD] Tan Pearly [6]/Thniaah M (MAS) vs (JPN) Y Fukushima/S Hirota - [14-21, 19-21]

--------------------------------------------

29 Januari 2023 (Ahad) - Final

Perlawanan mengikut giliran dengan bermula pada pukul 12.00 tengah hari waktu Malaysia

[WD] Liu Sheng Shu/Zhang Shu Xian (CHN) vs (JPN) Yuki Fukushima/Sayaka Hirota - [22-20, 21-19]

[WS] An Se Yong [3] (KOR) vs (ESP) Carolina Marin [7] - [18-21, 21-18, 21-13]

[XD] Jiang Zhen Bang/Wei Ya Xin (CHN) vs (CHN) Feng Yan Zhe/Huang Dong Ping - [15-21, 21-16, 19-21]

[MS] Jonatan Christie [4] (INA) vs (INA) Chico Aura Dwi Wardoyo - [21-15, 21-13]

[MD] He Jing Ting/Zhou Hao Dong (CHN) vs (INA) Leo Rolly Carnando/Daniel Marthin - [17-21, 16-21]

Jadi sekiranya anda ingin ketahui keputusan semasa dan jadual perlawanan harian bagi lain-lain perlawanan, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di www.tournamentsoftware.com

Post a Comment

Previous Post Next Post