Tahun baru 2023, kejohanan Petronas Badminton Malaysia Open 2023 akan membuka tirai bagi siri Jelajah Dunia BWF yang bakal diadakan bermula 10 hingga 15 Januari 2023 bertempat di Axita Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Berbeza seperti sebelum ini apabila kejohanan Terbuka Malaysia kini dinaik taraf daripada Super 750 menjadi Super 1000 yang pastinya menawarkan mata ranking yang lebih tinggi seiring dengan hadiah wang tunai kini menjadi USD1,250,000 (~RM5.5 Juta)
Senarai Pemain Malaysia Dalam Malaysia Open 2023
Selepas beberapa pemain menarik diri dari kejohanan ini, ada 2 pemain Malaysia yang pada awalnya secara pemain simpanan berjaya diserap bagi menyertai pertandingan ini.
Berikut merupakan senarai pemain Malaysia yang bertanding bagi setiap kategori dalam kejohanan ini bagi pemain dibawah BAM dan juga pemain profesional negara.
Perseorangan Lelaki - Lee Zii Jia [2], Ng Tze Yong, Liew Daren
Perseorangan Wanita - Goh Jin Wei
Beregu Lelaki - Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi, Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin, Man Wei Chong/Kai Wun Tee
Beregu Wanita - Tan Pearly [8]/Thinaah Muralitharan, Vivian Hoo/Lim Chiew Sien, Go Pei Kee/Teoh Mei Xing
Beregu Campuran - Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie, Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei, Tan Kian Meng [6]/Lai Pei Jing
Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton Terbuka Malaysia 2023
Kejohanan pertama musim terbaru ini diadakan di Malaysia dan ini pastinya akan mengembirakan penonton disini terutamanya Badminton Lovers (BL) yang menunggu aksi daripada pemain badminton handalah dunia di tempat sendiri kali ini.
Jadi orang ramai boleh datang memenuhkan Axiata Arena dengan membeli tiket masuk yang telah dijual sejak bulan Disember yang lalu. Tapi nampaknya harga tiket kali ini ada sedikit kenaikkan berbanding sebelumnya. Mungkin disebabkan kini dah jadi Super 1000 kot.
Tetapi bagi yang tidak berkesempatan untuk datang, jangan risau Malaysia Open 2023 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 812 & 814 dan di Astro Arena serta juga secara online di Astro Go dan Sooka.my bermula daripada pusing awal lagi.
Seperti kebiasaan, kejohanan badminton dibawah pengendalian persatuan BWF juga turut menyiarkan secara langsung di laman youtube BWF TV secara percuma. Tetapi kadang kala, anda memerlukan sambungan VPN (dapatkan disini) jika perlu.
Berikut merupakan jadual perlawanan badminton yang hanya melibatkan pemain-pemain Malaysia sepanjang kejohanan Malaysia Open 2023 berlangsung. Keputusan akan dikemaskini selepas tamat setiap perlawanan.
10 Januari 2023 (Selasa) - Pusingan 32
Perlawanan pembukaan bermula pada pukul 10.00 pagi waktu Malaysia.
[MS] Toma Junior Popov (FRA) vs (MAS) Liew Daren - [15-21, 21-14, 17-21]
[XD] Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing (MAS) vs (JPN) Kyohei Yamashita/Naru Shinoya - [21-11, 15-21, 21-19]
[WD] Tan Pearly [8]/Thniaah M. (MAS) vs (BUL) G. Stoeva/S. Stoeva - [19-21, 14-21]
[MD] Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi (MAS) vs (CHN) Ren Xiang Yu/Tan Qiang - [21-13, 20-22, 21-15]
[XD] Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (TPE) Chang Ko-Chi/Lee Chig Chen - [21-15, 21-13]
--------------------------------------------------
11 Januari 2023 (Rabu) - Pusingan 32
Perlawanan pembukaan bermula pada jam 10.00 pagi waktu Malaysia.
[WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (GER) Yvonne Li - [21-11, 21-18]
[WD] Go Pei Kee/Teoh Mei Xing (MAS) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien - [21-13, 21-13]
[XD] Rehal Kusharjanto/Lisa Kusumawati (INA) vs (MAS) Chan Peng Soon/Goh Liu Ying - [18-21, 21-15, 21-7]
[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (MAS) Tan Kiang Meng [6]/Lai Pei Jing - [21-15, 21-10]
[MD] Lee Jhe-Huei/Yang Po-Hsuan (TPE) vs (MAS) Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik - [21-16, 21-15, 16-21]
[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (IRL) Nhat Nguyen - [21-4, 21-10]
[MD] Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MAS) vs (CHN) Liang Wei Keng/Wang Chang - [21-16, 11-21, 17-21]
[MS] Kodai Naraoka (JPN) vs Lee Zii Jia [2] - [13-21, 21-17, 21-19]
[MD] Man Wei Chong/Kai Wun Tee (MAS) vs (INA) Marcus Gideon [2]/Kevin Sukamuljo - [18-21, 21-23]
--------------------------------------------------
12 Januari 2023 (Khamis) - Pusingan 16
Perlawanan pertama bermula pada jam 10.00 pagi waktu Malaysia.
[WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (KOR) An Seyong [2] - [10-21, 12-21]
[WD] Go Pei Kee/Teoh Mei Xing (MAS) vs (CHN) Zhang Shu Xian [7]/Zheng Yu - [10-21, 7-21]
[MD] Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi (MAS) vs (TPE) Lu Ching Yao/Yang Po Hang - [17-21, 21-13, 21-14]
[XD] Thom Gicquel [8]/Delphine Delrue (FRA) vs (MAS) Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing - [21-18, 13-21, 21-12]
[MS] Victor Axelsen [1] (DEN) vs (MAS) Liew Daren - [WO]
[XD] Rehan Kusharjanto/Lisa Kusumawati (INA) vs (MAS) Chen Tang Jie/Toh Ee Wei - [19-21, 16-21]
[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (JPN) Kodai Naraoka - [21-19, 19-21, 15-21]
[XD] Zheng Si Wei [1]/Huang Ya Qiong (CHN) vs (MAS) Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie - [21-16, 21-10]
[MD] Liu Yu Chen/Ou Xuan Yi (CHN) vs (MAS) Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik - [21-10, 23-21]
--------------------------------------------------
13 Januari 2023 (Jumaat) - Suku Akhir
Perlawanan pertama bermula pada jam 9.00 pagi waktu Malaysia
[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (THA) Puavaranukroh [2]/ Taerattanachai - [19-21, 9-21]
[MD] Fajar Alfian [3]/Muhammad Rian Ardianto (INA) vs (MAS) Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi - [14-21, 21-16, 21-17]
--------------------------------------------------
14 Januari 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir
Perlawanan pertama bermula pada jam 12.00 tengah hari waktu Malaysia.
[Tiada wakil Malaysia untuk peringkat separuh akhir]
--------------------------------------------------
15 Januari 2023 (Ahad) - Final
Perlawanan pertama bermula pada jam 1.00 petang waktu Malaysia dengan mengikut urutan.
[XD] Zheng Si Wei [1]/ Huang Ya Qiong (CHN) vs (JPN) Yuta Watanabe [3]/Arisa Higashino - [21-19, 21-11]
[WD] Chen Qing Chen [1]/Jia Yi Fan (CHN) vs (KOR) Baek Ha Na/Lee Yu Rim - [21-16, 21-10]
[WS] Akane Yamaguchi [1] (JPN) vs (KOR) An Se Yong [2] - [12-21, 21-19, 21-11]
[MS] Viktor Axelsen [1] (DEN) vs (JPN) Kodai Naraoka - [21-6, 21-15]
[MD] Fajar Alfian [3]/Muhammad Ardianto (INA) vs (CHN) Liang Wei Keng/Wang Chang - [21-18, 18-21, 21-13]
--------------------------------------------------
Jadi sekiranya anda ingin ketahui keputusan semasa dan jadual perlawanan harian bagi lain-lain perlawanan, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di www.tournamentsoftware.com