Kejohanan Hoki Piala Dunia FIH Lelaki 2023 akan menjadi edisi ke-15 untuk tahun ini. Kali ini ianya akan berlangsung bermula 13 hingga 29 Januari 2023 bertempat di Bhubaneswar dan Rourklea, India.
Kejohanan sukan hoki padang yang diadakan setiap empat tahun ini merupakan penganjuran Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH). Setakat ini, Pakistan adalah pasukan yang paling berjaya apabila pernah memenanginya sebanyak empat kali.
Seperti edisi sebelumnya, sebanyak 16 pasukan yang akan bertanding dalam acara ini. Kesemua pasukan telah diundi dalam empat kumpulan dan Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke Hoki Piala Dunia edisi kali ini telah diundi dalam Kumpulan C bersama Belanda, New Zealand dan Chile.
- Kumpulan A - Australia, Argentina, Perancis, Afrika Selatan
- Kumpulan B - Belgium, Jerman, Korea Selatan, Jepun
- Kumpulan C - Belanda, New Zealand, Malaysia, Chile
- Kumpulan D - India, England, Sepanyol, Wales
Senarai Pemain Malaysia Di Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023
Seperti yang diumumkan oleh MHC, seramai 18 pemain skuad hoki kebangsaan dibawah ketua jurulatih Arul Selvaraj telah dipilih bagi menggalas cabaran di kejohanan sukan hoki peringkat tertinggi ini. Berikut merupakan senarai pemain.
Jadual & Keputusan Perlawanan Hoki Piala Dunia 2023
Malaysia yang kini berada di rangking 11 akan mengharungi kejohanan ini di dalam kumpulan maut bersama juara dunia 3 kali iaitu Belanda. Jadi diharapkan para pemain dapat memberikan tentangan dan saingan kepada semua lawan yang bakal dihadapinya.
Anda boleh saksikan perlawanan-perlawanan tersebut yang akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 melibatkan pasukan Malaysia. Manakala Astro Supersport 811 akan ditayangkan kesemua perlawanan sepanjang kejohanan. Boleh juga strim di Astro Go dan Sooka.
Selain itu, kejohanan ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM TV Okey dan Sukan RTM. Boleh juga strim rtmklik.rtm.gov.my
Bagi yang tidak berkesempatan untuk tonton di Astro dan RTM, kejohanan Hoki Piala Dunia ini juga akan dibawakan secara online di laman web https://watch.hockey/.
Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan bagi setiap perlawanan termasuk pasukan Malaysia sepanjang kejohanan Hoki Piala Dunia 2023
Peringkat Kumpulan
13 Januari 2023 (Jumaat)
FT : Argentina (1) - (0)Afrika Selatan - 3.30PM di Astro Superspot 811 & TV Okey
FT : Australia (8) - (0) Perancis - 5.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : England (5) - (0) Wales - 7.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : India (2) - (0) Sepanyol - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
14 Januari 2023 (Sabtu)
FT : New Zealand (3) - (1) Chile - 3.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Belanda (4) - (0) Malaysia - 5.30PM di Astro Arena 801 & TV Okey
FT : Belgium (5) - (0) Korea Selatan - 7.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Jerman (3) - (0) Jepun - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
15 Januari 2023 (Ahad)
FT : Sepanyol (5) - (1) Wales - 7.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : England (0) - (0) India - 9.30PM di Astro Supersport 814 & TV Okey
16 Januari 2023 (Isnin)
FT : Malaysia (3) - (2) Chile - 3.30PM di Astro Arena 801 & TV Okey
FT : New Zealand (0) - (4) Belanda - 5.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Perancis (2) - (1) Afrika Selatan - 7.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Argentina (3) - (3) Australia - 9.30PM di di Astro Supersport 811 & TV Okey
17 Januari 2023 (Selasa)
FT : Korea Selatan (2) - (1) Jepun - 7.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Jerman (2) - (2) Belgium - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
19 Januari 2023 (Khamis)
FT : Malaysia (3) - (2) New Zealand - 3.30PM di Astro Arena 801 & TV Okey
FT : Belanda (14) - (0) Chile - 5.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Sepanyol (0) - (4) England - 7.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : India (4) - (2) Wales - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
20 Januari 2023 (Jumaat)
FT : Australia (9) - (2) Afrika Selatan - 3.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Perancis (5) - (5) Argentina - 5.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Belgium (7) - (1) Jepun - 7.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Korea Selatan (2) - (7) Jerman - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
--------------------------------------
Pusingan Crossover
22 Januari 2023 (Ahad)
FT : Malaysia (2) - (2) Sepanyol (Pen: 3-4) - 7.00PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : India (3) - (3) New Zealand (Pen: 4-5) - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
23 Januari 2023 (Isnin)
FT : Jerman (5) - (1) Perancis - 7.00PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Argentina (5) - (5) Korea Selatan (Pen: 2-3) - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
--------------------------------------
Suku Akhir
24 Januari 2023 (Selasa)
FT : Australia (4) - (3) Sepanyol - 7.00PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Belgium (2) - (0) New Zealand - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
25 Januari 2023 (Rabu)
FT : England (2) - (2) Jerman (Pen: 3-4) - 7.00PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Belanda (5) - (1) Korea Selatan - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
--------------------------------------
Klasifikasi Tempat Ke-9 ~ Ke-16
26 Januari 2023 (Khamis)
FT : Afrika Selatan (6) - (3) Malaysia - 2.00PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Wales (2) - (2) Perancis (Pen: 2-1) - 4.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Chile (0) - (8) Argentina - 7.00PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Jepun (0) - (8) India - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
--------------------------------------
Separuh Akhir
27 Januari 2023 (Jumaat)
FT : Australia (3) - (4) Jerman - 7.00PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Belgium (2) - (2) Belanda (Pen: 3-2) - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
--------------------------------------
Klasifikasi Tempat Ke-13 ~ Ke-16
28 Januari 2023 (Sabtu)
FT : Malaysia (3) - (2) Jepun - 2.00PM di Astro Arena 801 & TV Okey
FT : Chile (2) - (4) Perancis - 4.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
Klasifikasi Tempat Ke-9 ~ Ke-12
28 Januari 2023 (Sabtu)
FT : Argentina (6) - (0) Wales - 7.00PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Afrika Selatan (2) - (5) India - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
--------------------------------------
Tempat Ke-3 & Ke-4 (Gangsa)
29 Januari 2023 (Ahad)
FT : Australia (1) - (3) Belanda - 7.00PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
Final
29 Januari 2023 (Ahad)
FT : Jerman (3) - (3) Belgium (Pen: 5-4) - 9.30 di Astro Supersport 811 & TV Okey
--------------------------------------
Kedudukan Terakhir
Emas : Jerman (Juara)
Perak : Belgium (Naib Juara)
Gangsa : Belanda
Tempat ke-4 : Australia
Tempat ke-5 : England
Tempat ke-6 : Sepanyol
Tempat ke-7 : New Zealand
Tempat ke-8 : Korea Selatan
Tempat ke-9 : Argentina/India
Tempat ke-11 : Wales/Afrika Selatan
Tempat ke-13 : Malaysia/Perancis
Tempat ke-15 : Jepun/Chile
Jadi untuk dapatkan info lanjut bagi kejohanan Hoki Piala Dunia FIH Odisha 2023, anda boleh rujuk laman web rasmi di https://www.fih.hockey/