Jadual Penuh Perlawanan Perak FC Di Liga Super 2023

Jadual Penuh Perlawanan Perak FC Di Liga Super 2023

Liga Super musim 2023 akan membuka tirai secara rasmi pada tanggal 24 Februari 2023 menerusi perlawanan sumbangsih dan Perak FC antara pasukan yang akan memulakan kempen sepak mula bertemu Kedah Darul Aman hanya pada 25 Februari, hari Sabtu di laman sendiri.

Kemudian untuk perlawanan seterusnya, Perak FC akan bertemu pasukan PDRM FC di tempat lawan, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk match kedua pada 28 Februari 2023, hari Selasa.

Pastinya ramai menunggu aksi sulung Perak yang kembali ke kancah Liga Super bersama Ketua Jurulatih ternama iaitu Lim Teong Kim dan anak-anak buahnya yang mana pastinya menjadi tumpuan adalah pemain yang sudah berkenala di Jepun, kini kembali iaitu Hadi Fayyadh.

Jadual Penuh Perlawanan Pasukan Perak FC Di Liga Super 2023

Untuk musim terbaru, kita bakal saksikan 14 pasukan kesemuanya yang akan disenaraikan dalam Liga Super. Dengan itu, sebanyak 26 perlawanan yang perlu ditempuhi bermula 24 Februari 2023 hingga 17 Disember 2023.

Berikut merupakan senarai jadual penuh bagi setiap perlawanan Liga Super 2023 yang melibatkan Perak FC.

  • 25/02/2023 - Perak vs Kedah Darul Aman
  • 28/02/2023 - PDRM FC vs Perak
  • 04/03/2023 - Kelantan United vs Perak
  • 12/03/2023 - Perak vs Kuching City
  • 16/03/2023 - Perak vs Sri Pahang
  • 31/03/2023 - Penang vs Perak
  • 04/04/2023 - Perak vs JDT
  • 10/04/2023 - KL City vs Perak
  • 19/04/2023 - Perak vs Negeri Sembilan
  • 28/04/2023 - Kelantan vs Perak
  • 20/05/2023 - Perak vs Selangor
  • 23/05/2023 - Sabah vs Perak
  • 03/06/2023 - Perak vs Terengganu
  • 07/06/2023 - Kedah Darul Aman vs Perak
  • 23/06/2023 - Perak vs PDRM FC
  • 07/07/2023 - Perak vs Kelantan United
  • 16/07/2023 - Kuching City vs Perak
  • 30/07/2023 - Sri Pahang vs Perak
  • 09/08/2023 - Perak vs Penang
  • 13/08/2023 - JDT vs Perak
  • 26/08/2023 - Perak vs KL City
  • 01/10/2023 - Negeri Sembilan vs Perak
  • 28/10/2023 - Perak vs Kelantan
  • 25/11/2023 - Selangor vs Perak
  • 03/12/2023 - Perak vs Sabah
  • 17/12/2023 - Terengganu vs Perak

Jadual Penuh Perlawanan Perak FC Di Liga Super 2023

Senarai jadual ini mungkin akan ada perubahan dari semasa ke semasa. Jadi ia sepenuhnya tertakluk kepada penentuan Malaysian Football League (MFL).

Post a Comment

Previous Post Next Post