Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia Hoki 2023

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia Hoki 2023

Selesai untuk pusingan suku akhir dan 4 pasukan telah berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya untuk separuh akhir kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 yang bakal berlangsung pada 27 Januari 2023 hanya bertempat di Bhubaneswar, India.

Pada hari pertama, Australia terlebih dahulu melayakkan diri ke semi final apabila menunddukan Sepanyol dengan jaringan 3-2. Kemudian diikuti oleh penyandang juara, Belgium berjaya menumpaskan New Zealand dengan jaringan 2-0.

Untuk hari kedua pula, kejayaan Jerman terpaksa diterjemahkan menerusi penalty shoot-out yang berkesudahan 3-4 selepas terikat dengan England 2-2 dalam tempoh perlawanan sebenar. Juara dunia 3 kali, Belanda sepertinya tidak berdepan masalah dengan wakil tunggal Asia di suku akhir, Korea Selatan apabila membelasah dengan jaringan besar, 5-1.

Nampaknya kita bakal saksikan 4 pasukan dengan rangking tertinggi akan bersaing di pusingan separuh akhir kali ini iaitu Australia (1), Belgium (2), Belanda (3) dan Jerman (4).

Jadual & Keputusan Pusingan Separuh Akhir Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Pusingan separuh akhir ini hanya berlangsung sehari sahaja. Pada malam itu juga, kita bakal ketahui pasukan manakah yang akan berjaya ke final kejohanan Hoki Piala Dunia 2023.

Perlawana-perlawanan ini tetap terus akan disiarkan menerusi saluran Astro Supersport 811 dan secara online di Astro Go. Untuk di stesen RTM, boleh tonton di TV Okey dan Sukan RTM serta secara striming di RTM Klik.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk tonton di Astro dan RTM, kejohanan Hoki Piala Dunia ini juga akan dibawakan secara online di laman web https://watch.hockey/.

Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan penuh perlawanan dalam pusingan Separuh Akhir kejohanan Hoki Piala Dunia FIH Lelaki 2023

27 Januari 2023 (Jumaat)

FT : Australia (3) - (4) Jerman - 7.00PM di Astro Supersport 811 dan TV Okey

FT : Belgium (2) - (2) Belanda (Pen: 3-2) - 9.30PM di Astro Supersport 811 dan TV Okey

*Pasukan Jerman dan Belgium berjaya mara ke final

Post a Comment

Previous Post Next Post