Jadual Penuh Perlawanan Sri Pahang FC Dalam Liga Super 2023

Jadual Penuh Perlawanan Sri Pahang FC Dalam Liga Super 2023

Pihak Malaysian Football League (MFL) secara rasmi telah mengumumkan jadual penuh perlawanan bola sepak bagi saingan Liga Super 2023 yang akan bermula 24 Februari hingga 17 Disember 2023.

Untuk musim kali ini, sebanyak 14 kelab akan bersaing dalam Liga Malaysia sekali gus  akan merebut kejuaraan liga termasuklah pasukan daripada pantai timur, Sri Pahang FC. Kesemua pasukan akan mengharungi sebanyak 26 perlawanan untuk dua pusingan.

Sri Pahang yang kini dikendalikan oleh Fandi Ahmad sebagai Ketua Jurulatih akan memulakan kempen kejohanan bertemu Negeri Sembilan di tempat lawan. Untuk perlawanan kedua, mereka akan melayan kunjungan Kelantan FC di Stadium Darul Makmur.

Jadual Penuh Perlawanan Sri Pahang FC Di Liga Super 2023

Musim terbaru ini pastinya akan lebih mencabar dan lebih meriah. Bukan sahaja penambahan pasukan dalam Liga Super, tetapi kali kini terdapat 6 kejuaraan yang bakal direbut oleh setiap pasukan dalam Liga Malaysia termasuk Liga Super.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton kesemua perlawanan yang melibatkan pasukan Sri Pahang FC sepanjang musim 2023 mengikut jadual perlawanan yang telah ditetapkan.

  • 26/02/2023 - Negeri Sembilan vs Sri Pahang FC
  • 02/03/2023 - Sri Pahang FC vs Kelantan FC
  • 05/03/2023 - Selangor FC vs Sri Pahang FC
  • 12/03/2023 - Sri Pahang FC vs Sabah FC
  • 16/03/2023 - Perak FC vs Sri Pahang FC
  • 01/04/2023 - Sri Pahang FC vs Kedah Darul Aman FC
  • 05/04/2023 - PDRM FC vs Sri Pahang FC
  • 10/04/2023 - Sri Pahang FC vs Kelantan United FC
  • 18/04/2023 - Kuching City FC vs Sri Pahang FC
  • 26/04/2023 - Terengganu FC vs Sri Pahang FC
  • 20/05/2023 - Sri Pahang FC vs Penang FC
  • 24/05/2023 - JDT vs Sri Pahang FC
  • 04/06/2023 - Sri Pahang FC vs KL City FC
  • 08/06/2023 - Sri Pahang FC vs Negeri Sembilan
  • 23/06/2023 - Kelantan FC vs Sri Pahang FC
  • 09/07/2023 - Sri Pahang FC vs Selangor FC
  • 15/07/2023 - Sabah FC vs Sri Pahang FC
  • 30/07/2023 - Sri Pahang FC vs Perak FC
  • 08/08/2023 - Kedah Darul Aman FC vs Sri Pahang FC
  • 12/08/2023 - Sri Pahang FC vs PDRM FC
  • 27/08/2023 - Kelantan United FC vs Sri Pahang FC
  • 30/09/2023 - Sri Pahang FC vs Kuching City FC
  • 29/10/2023 - Sri Pahang FC vs Terengganu FC
  • 26/11/2023 - Penang FC vs Sri Pahang FC
  • 03/12/2023 - Sri Pahang FC vs JDT
  • 17/12/2023 - KL City FC vs Sri Pahang FC

Jadual Penuh Perlawanan Sri Pahang FC Dalam Liga Super 2023

Senarai jadual ini mungkin akan ada perubahan dari semasa ke semasa. Jadi ia sepenuhnya tertakluk kepada penentuan MFL.

Post a Comment

Previous Post Next Post