Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Dunia Hoki 2023

Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Dunia Hoki 2023

Sekarang kita sudah ketahui kesemua 8 pasukan yang akan meneruskan carabaran untuk pusingan suku akhir di kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 yang bakal berlangsung untuk 2 hari iaitu 24 dan 25 Januari 2023.

BACA : Jadual Penuh Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Selepas tamat peringkat kumpulan, hanya juara kumpulan yang terus mara ke peringkat kalah mati di suku akhir iaitu Australia, Belgium, Belanda dan England. Manakala untuk 4 slot lagi diisi oleh 8 calon yang menduduki tempat kedua dan ketiga bagi setiap kumpulan menerusi pusingan crossover.

Wakil negara, The Speedy Tigers terpaksa akur tumpas di tangan Sepanyol menerusi penalty shoot-out 3-4 setelah terikat dengan jaringan dua sama. Nasib yang sama juga diterima India dan Argentina dimana mereka tewas kepada lawan masing-masing iaitu New Zealand (3-3) dan Korea (5-5) dalam penalty shoot-out 4-5 dan 2-3.

Hanya pasukan Jerman sahaja yang berjaya menumpaskan lawan dalam tempoh 60 minit perlawanan dengan membelasah Perancis dengan jaringan 5-1. Jadi pasukan yang mara ke pusingan suku akhir adalah Sepanyol, New Zealand, Jerman dan Korea Selatan.

Jadual & Keputusan Pusingan Suku Akhir Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Kini sudah memasuki peringkat kalah mati dan tiada perlawanan timbal balik. Pasukan yang menang akan meneruskan cabaran ke separuh akhir. Manakala yang tewas akan bermain di pusingan penentuan kedudukan keseluruhan.

Perlawanan-perlawanan ini juga akan terus disiarkan menerusi saluran Astro Supersport 811 dan secara online di Astro Go. Selain itu, turut dibawakan di saluran RTM TV Okey dan Sukan RTM serta secara striming di rtmklik.rtm.gov.my

Bagi yang tidak berkesempatan untuk tonton di Astro dan RTM, kejohanan Hoki Piala Dunia ini juga akan dibawakan secara online di laman web https://watch.hockey/.

Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan penuh bagi setiap perlawanan melibatkan 4 perlawanan dalam Suku Akhir Hoki Piala Dunia FIH Lelaki 2023

24 Januari 2023 (Selasa)

FT : Australia (4) - (3) Sepanyol - 7.00PM

FT : Belgium (2) - (0) New Zealand - 9.30PM

25 Januari 2023 (Rabu)

FT : England (2) - (2) Jerman (Pen: 3-4) - 7.00PM

FT : Belanda (5) - (1) Korea Selatan - 9.30PM

*Australia, Belgium, Jerman dan Belanda berjaya mara ke Separuh Akhir

Post a Comment

Previous Post Next Post