Jadual Perlawanan Siaran Langsung Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Jadual perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 kini sudah memasuki edisi ke-14 dimana bakal berlangsung bermula di peringkat kumpulan pada 20 Disember 2022 hingga 16 Januari 2023.

Acara dwithunan ini bakal mempertemukan 10 pasukan daripada rantau asia tenggara iaitu Thailand, Filipina, Indonesia, Kemboja, Brunei DS, Vietnam, Singapura, Myanmar, Loas dan pasukan negara, Malaysia.

Kesemua pasukan ini telah diundi dalam 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Mereka akan bersaing sebanyak 4 perlawanan secara round-robin. Juara dan naib juara bagi setiap pasukan akan layak ke peringkat kalah mati di pusingan separuh akhir dan seterusnya ke peringkat akhir

  • Kumpulan A : Thailand, Indonesia, Kemboja, Brunei, Filipina
  • Kumpulan B : Vietnam, Malaysia, Singapura, Myanmar, Laos

Senarai Pemain Malaysia Di Kejohanan Piala AFF Mitsubshi Electric 2022

Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon telah memilih 23 pemain bagi mengharungi kesemua perlawanan kejohanan Piala AFF kali ini. FAM telah menyenaraikan senarai pemain seperti dibawah:

Penjaga Gol : Kalamullah, Syihan Hazmi, Rahadiazli

Pertahanan : Khuziami Piee, Shahrul Nazeem, Azam Azmi, Dominic Tan, Quentin Cheng, Fazly Mazlan

Pemain Tengah : Brenden Gan, Mukhairi Ajmal, David Rowley, Stuart Wilkin, Aliff Haiqal, Ruventhiran, Shamie Iszuan, Hakim Hassan

Penyerang : Darren Lok, Lee Tuck, Safawi Rasid, Faisal Halim, Haqim Azim, Sergio Aguero

Pemain Malaysia Di Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

BACASenarai Pemain Setiap Pasukan Di Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Jadual & Keputusan Perlawanan Di Kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Disebabkan format pertandingan kembali kepada asal, setiap pasukan mengadakan perlawanan sekuran-kurangnya 2 kali di tempat sendiri (home). Jadi Malaysia secara rasmi telah mimilih Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi stadium tuan rumah.

Pihak pengurusan dan FAM telah menetapkan, harga tiket bagi Piala AFF kali ini untuk peringkat kumpulan dan pusingan separuh akhir adalah RM30 untuk tiket terbuka untuk satu perlawanan. Anda boleh dapatkan secara online di www.tickethotline.com.my

Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau apabila Astro akan bawakan kesemua 26 perlawanan termasuk melibatkan pasukan Malaysia secara langsung di Astro Arena 801 dan 802 dan juga secara online di Astro Go dan Sooka.my.

Selain itu, RTM juga berbesar hati untuk membawakan siaran secara langsung menerusi siaran TV2, TV Okey dan Sukan RTM juga secara striming di rtmklik.rtm.gov.my secara percuma. Walaubagaimanapun, atas syarat-syarat yang ditetapkan penganjur, RTM hanya dibenarkan menayangkan perlawanan lewat 15 minit daripada perlawanan sebenar.

Jadi jom kita tengok senarai jadual penuh dan keputusan bagi setiap perlawanan termasuk Malaysia dalam kejohanan AFF Mitsubishi Electric Cup 2022-2023

Peringkat Kumpulan

20 Disember 2022 (Selasa)
FT : Kemboja (3) - (2) Filipina - 6.00PM di Astro Arena 2 (802)
FT : Brunei DS (0) - (5) Thailand - 8.30PM di Astro Arena 2 (802)

21 Disember 2022 (Rabu)
FT : Myanmar (0) - (1) Malaysia - 6.00PM di Astro Arena 2 (802)
FT : Laos (0) - (6) Vietnam - 8.30PM di Astro Arena 2 (802)

23 Disember 2022 (Jumaat)
FT : Indonesia (2) - (1) Kemboja - 5.30PM di Astro Arena 2 (802)
FT : Filipina (5) - (1) Brunei DS - 6.00PM di Astro Arena (801)

24 Disember 2022 (Sabtu)
FT : Singapura (3) - (2) Myanmar - 6.00PM di Astro Arena 2 (802)
FT : Malaysia (5) - (0) Laos - 8.30PM di Astro Arena 2 (802)

26 Disember 2022 (Isnin)
FT : Brunei DS (0) - (7) Indonesia - 6.00PM di Astro Arena 2 (802)
FT : Thailand (4) - (0) Filipina - 8.30PM di Astro Arena 2 (802)

27 Disember 2022 (Selasa)
FT : Laos (0) - (2) Singapura - 6.00PM di Astro Arena 2 (802)
FT : Vietnam (3) - (0) Malaysia - 8.30PM di Astro Arena (802), TV2 & Sukan RTM

29 Disember 2022 (Khamis)
FT : Indonesia (1) - (1) Thailand - 5.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM
FT : Kemboja (5) - (1) Brunei DS - 6.00PM di Astro Arena (801) & TV Okey

30 Disember 2022 (Jumaat)
FT : Myanmar (2) - (2) Laos - 6.00PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM
FT : Singapura (0) - (0) Vietnam - 8.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM

2 Januari 2023 (Isnin)
FT : Thailand (3) - (1) Kemboja - 8.30PM di Astro Arena 2 (802), TV Okey
FT : Filipina (1) - (2) Indonesia - 8.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM

3 Januari 2023 (Selasa)
FT : Vietnam (3) - (0) Myanmar - 8.30PM di Astro Arena (801) & TV Okey
FT : Malaysia (4) - (1) Singapura - 8.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM

------------------------------------

Separuh Akhir

6 Januari 2023 - Separuh Akhir 1 (First Leg)
FT : Indonesia (0) - (0) Vietnam - 5.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM

7 Januari 2023 - Separuh Akhir 2 (First Leg)
FT : Malaysia (1) - (0) Thailand - 8.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM

9 Januari 2023 - Separuh Akhir 1 (Second Leg)
FT : Vietnam (2) - (0) Indonesia (Agg: 2-0) - 8.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM

10 Januari 2023 - Separuh Akhir 2 (Second Leg)
FT : Thailand (3) - (0) Malaysia (Agg: 3-1) - 8.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM

------------------------------------

Final 1 & 2

13 Januari 2023 - Final (First Leg)
FT : Vietnam (2) - (2) Thailand - 8.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM

16 Januari 2023 - Final (Second Leg)
FT : Thailand (1) - (0 Vietnam (Agg: 3-2) - 8.30PM di Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM

THAILAND JUARA PIALA AFF MITSUBISHI ELECTRIC 2022

Diharapkan Malaysia berjaya membawa pulang kemenangan dan mengulangi kejayaan menjuarai Piala AFF seperti pada tahun 2010 yang lalu. Lama dah tak merasa piala ni.

Untuk info lanjut, boleh layari www.affmitsubishielectriccup.com

Post a Comment

Previous Post Next Post