Tiket Semi Final Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 Kekal RM30

Tiket Semi Final Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 Kekal RM30

Berita baik kepada peminat-peminat bola sepak tanah air apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan sekali gus mengumumkan dengan mengekalkan harga tiket masuk ke stadium sama seperti perlawanan peringkat kumpulan.

Pasukan Harimau Malaya telah melayakkan diri ke peringkat kalah mati di pusingan separuh akhir apabila meraih tempat kedua dalam kumpulan B di belakang Vietnam selaku juara kumpulan apabila meraih 9 mata secara keseluruhan.

Pada pusingan Separuh Akhir akan diadakan perlawanan secara timbal balik dengan perlawanan pertama akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 7 Januari 2023. Manakala untuk perlawanan kedua akan berlangsung di Stadium Stadium Thammasat, Thailand pada 10 Januari 2023.

Senarai Harga Tiket Masuk Semi Final Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Dengan keputusan mengekalkan harga tiket masuk, ini bermakna tiket bagi aksi separuh akhir pertama itu akan dijual pada harga RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi tempat duduk terbuka. Manakala RM50 bagi tempat duduk Premium dan RM60 bagi tempat duduk Grandstand.

Tiket boleh dibeli bermula jam 3.00 petang pada 4 Januari 2023 (Rabu) yang dijual secara online di www.tickethotline.com.my. Untuk maluman juga, tiada penjualan di kaunter tau.

Tiket Semi Final Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 Kekal RM30

Walaubagaimanapun, FAM mengumumkan peruntukan tiket hanya terhad pada 59,000 keping sahaja bagi perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung pada Sabtu ini. Ini kerana sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa 'dikosongkan' kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.

Jadi jom turun ramai-ramai ke stadium bagi memenuhkan setiap pelusuk tempat duduk demi memberikan sokongan padu kepada pemain-pemain Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada perlawanan separuh akhir pertama menentang Thailand, Sabtu ini, jam 8.30 malam.

Skuad Harimau Malaya kemudian akan terbang ke Bangkok pada Ahad bagi menghadapi pula perlawanan separuh akhir kedua menentang Thailand di Stadium Thammasat pada Selasa, 10 Januari 2023.

Post a Comment

Previous Post Next Post