Undian Peringkat Kumpulan Malaysia Di Badminton Asia Mixed Team Championships 2023

Undian Peringkat Kumpulan Malaysia Di Badminton Asia Mixed Team Championships 2023

Kini masa semakin hampir apabila kita telah ketahui undian peringkat kumpulan bagi kejohanan Badminton Asia Mixed Team Championships 2023 (BAMTC) yang dijadualkan berlangsung bermula 14 hingga 19 Februari 2023 bertempat di Dubai Exhibition Centre, UAE.

Kejohanan ini kita bakal saksikan pasukan daripada negara Asia berentap secara berkumpulan bagi meraih gelaran juara. Sebanyak 17 pasukan yang mengambil bahagian dalam edisi kali ini dan pastinya 4 pasukan terbaik iaitu China, Indonesia, Jepun dan Malaysia juga turut terlibat.

Selain daripada mengejar takhta kejuaraan BAMTC, 4 pasukan yang berjaya ke pusingan separuh akhir secara automatik akan layak ke Piala Sudirman yang bakal diadakan pada Mei tahun ini.

Undian Peringkat Kumpulan Kumpulan Dalam Badminton Asia Mixed Team Championships 2023

Berikut merupakan senarai 4 kumpulan yang terdiri daripada 4 ke 5 pasukan pada setiapnya untuk kejohanan Asia Mixed Team Championships 2023

Group A - China, Korea, Singapura, Uzbekistan

Group B - Malaysia, India, Kazakhstan, UAE

Group C - Indonesia, Thailand, Bahrain, Syria, Lebanon

Group D - Jepun, Chinese Taipei, Hong Kong, Pakistan

Undian Peringkat Kumpulan Malaysia Di Badminton Asia Mixed Team Championships 2023

Post a Comment

Previous Post Next Post