Cara Tengok Bola Liga Super 2023 Walaupun Bukan Pelanggan Astro

Cara Tengok Bola Liga Super 2023 Walaupun Anda Bukan Pelanggan Astro

Pada awal Februari yang lalu, Malaysian Football League (MLF) telah mengumumkan 2 badan penyiaran iaitu Astro dan RTM menjadi penyiar rasmi Liga Malaysia (Liga M) untuk musim 2023. Salah satu daripadanya adalah Astro yang mana kini telah menawarkan pelbagai pakej langganan untuk semua perlawanan.

Untuk musim terbaru ini terdapat enam kejohanan kesemuanya dan tidak daripadanya adalah yang terutamanya iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. Manakala tiga kejohanan lain ialah Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih), MFL Challenge Cup dan Piala MFL (liga skuad bawah-23).

Jadi tiga kejohanan utama termasuk Piala Sumbangsih akan disiarkan di Astro termasuk 2 saluran baru iaitu Arena Bola (CH803) dan Arena Bola 2 (CH802). Kesemua 244 perlawanan disiarkan dalam Full HD serta boleh strim di Astro Go juga.

Cara Tengok Bola Liga Super 2023 Walaupun Anda Bukan Pelanggan Astro

Selain daripada menyiarkan di Astro, kandungan Liga M juga akan disiarkan di platform NJOI dan Sooka yang mana pastinya ada perlu langgan dan bayar untuk menyaksikan menerusi platform-platform tersebut.

Cara Untuk Menyaksikan Liga Malaysia 2023

Terdapat 3 cara untuk anda menonton dan menyaksikan aksi bola sepak Liga Malaysia 2023 iaitu menerusi platform Astro sendiri, NJOI dan Sooka:

#1 - ASTRO

Jika anda pengguna Astro dan melanggan Sports Pack

Tiada caj tambahan sekiranya anda pengguna Astro yang melanggan Sports Pack

Jika anda pengguna Astro tetapi tidak melanggan Sports Pack

Anda boleh langgan Sports Pack untuk dapatkan akses Liga Malaysia 2023. Tetapi anda juga boleh hanya langgan Pas Liga Malaysia dengan harga RM9.99 sebulan tetapi untuk tempoh terhad, anda boleh dapatkan dengan harga RM4.99 sebulan sahaja untuk tempoh 3 bulan.

#2 - NJOI

Sementara itu, jika anda pengguna NJOI, anda boleh beli Pek Liga Malaysia dengan harga RM29 sebulan atau boleh juga beli terus Sports Mega Pack Baharu dengan harga RM70 sebulan. Anda boleh dapatkan akses semua saluran sukan terus.

Cara Tengok Bola Liga Super 2023 Walaupun Anda Bukan Pelanggan Astro

#3 - SOOKA

Sooka adalah alternatif ketiga untuk anda menonton perlawanan Liga Malaysia 2023 sekiranya anda bukan pengguna Astro atau NJOI. Ianya adalah sebuah platform penstriman dimana anda boleh beli pas single match dengan harga RM4.90 untuk setiap perlawanan. Jika nak pas bulanan, boleh beli dengan harga RM28.90 sebulan. Boleh layan semua perlawanan Liga M.

Cara Tengok Bola Liga Super 2023 Walaupun Anda Bukan Pelanggan Astro

Tapi sekiranya anda ingin dapatkan akses penuh kepada kandungan Sooka seperti hiburan dan sukan, boleh langgan VIP+Sports dan VIP TV masing-masing dengan harga RM41.90 dan RM62.90 sebulan. Tapi ingat, hanya VIP TV sahaja, anda boleh layan SOOKA di smart tv. Yang lain semua di mobile dan web.

Post a Comment

Previous Post Next Post