Kini sudah sampai ke acara kemuncak apabila mempertemukan juara bertahan, China dan Korea di pusingan akhir bagi Badminton Asia Mixed Championship 2023 pada 19 Februari 2023, hari Ahad.
China terpaksa tunggu ke perlawanan akhir bagi mengesahkan kejayaan ke final apabila menumpaskan India dengan mata 3-2. Manakala Korea hanya perlukan empat perlawanan sahaja ketika bertemu Thailand dengan mata kejayaan 3-1.
Dapatkah Korea Selatan merampas takhta juara yang dimenangi oleh China pada edisi 2019 yang lalu atau China terus unggul dengan memenanginya buat kali kedua berturut-turut selepas ini?
Jadual & Keputusan Siaran Langsung Final BAMTC Di Dubai 2023
Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi terakhir BAMTC yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 814 dan boleh juga strim secara online di Astro Go secara percuma khusus untuk pelanggan Astro.
Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan serta senarai pemain yang akan beraksi di final kejohanan Badminton Asia Mixed Team Championship 2023
19 Februari 2023 (Ahad) - Final
- China (3) - (1) Korea - 6.00PM live di Astro Supersport 814
[MS] Lei Lan Xi (CHN) vs (KOR) Lee Yun Gyu - [21-16, 21-15]
[WS] Gao Fang Jie (CHN) vs (KOR) Kim Ga Eun - [21-15, 21-15]
[MD] He Ji Ting/Zhou Hao Dong (CHN) vs (KOR) Kim Won Ho/Na Sung Seung - [21-19, 16-21, 17-21]
[WD] Liu Sheng Shu/Tan Ning (CHN) vs (KOR) Jeong Na Eun/Lee So Hee - [21-11, 21-10]
[XD] Feng Yan Zhe/Hunag Dong Ping (CHN) vs (KOR) Kim Young Hyuk/Lee Yu Lim
China muncul juara Badminton Asia Mixed Team Championship 2023
Untuk dapatkan keputusan penuh untuk semua perlawanan dalam kejohanan BAMTC 2023 kali ini, anda boleh lihat di Jadual & Keputusan BAMTC 2023 disini.