Jadual Dan Keputusan Badminton Live Separuh Akhir Di BAMTC Dubai 2023

Jadual Dan Keputusan Badminton Live Separuh Akhir Di BAMTC Dubai 2023

Kini sudah memasuki pusingan Separuh Akhir BAMTC dimana mempertemukan 4 pasukan iaitu China, India, Korea dan Thailand yang akan bermain pada 18 Februari 2023, hari Sabtu bertempat di Dubai Exhibition Centre, UAE.

China yang telah mengalahkan Malaysia (3-2) akan bertemua India yang telah menumpaskan Hong Kong dengan mata 3-2 masing-masing di suku akhir. Manakala Korea yang berjaya menumbangkan Indonesia dengan mata 3-1 akan bertemu Thailand yang berjaya mengalahkan Jepun dengan mata 3-2.

Kesemua pasukan yang kini berada di semi final secara automatik akan layak ke Sudirman Cup yang dijadualkan berlangsung pada Mei ini diman China menjadi tuan rumah.

Jadual & Keputusan Siaran Langsung Separuh Akhir Di Dubai 2023

Walaupun pasukan negara telah tewas. Siaran langsung untuk separuh akhir tetap akan ditayangkan menerusi saluran Astro Supersport 814 dan secara online di Astro Go untuk dua waktu yang berbeza.

Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan bagi pasukan yang bertanding di separuh akhir kejohanan Badminton Asia Mixed Team Championship 2023

18 Februari 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

Korea (3) - (1) Thailand - 3.00 PM live di Astro Supersport 814

China (3) - (2) India - 8.00 PM live di Astro Supersport 814

*Korea & China berjaya mara ke final

18 Februari 2023 (Sabtu) - Final EMTC 2023

Denmark (3) - (2) Perancis - 8.00 PM live di Astro Arena 801

*Denmark muncul juara Europe Mixed Team Championship 2023

Untuk senarai penuh pemain yang akan bermain bagi setiap pasukan, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di www.tournamentsoftware.com/bamtc2023

Post a Comment

Previous Post Next Post