Jadual & Keputusan Perlawanan Persahabatan Pra Musim Terengganu FC 2023 Di Thailand

Jadual & Keputusan Perlawanan Persahabatan Pra Musim Terengganu FC 2023 Di Thailand

Selain Sri Pahang dan Selangor, Terengganu FC (TFC) juga akan mengadakan beberapa sesi perlawanan persahabatan untuk pra musim di negara jiran, Thailand iaitu bermula 8 hingga 13 Februari 2023.

Dalam tempoh ini, skuad Sang Penyu akan bertemu dengan 4 pasukan daripada Liga Thailand sendiri iaitu Rajpracha FC, Bangkok FC dan Chonburi FC serta kelab daripada Liga Denmark iaitu Oden Boldklub FC.

Dalam tempoh ini, ketua jurulatih yang baru Tomislav Steinbruckner pasti akan mempergunakan sebaiknya bagi mempersiapkan pasukannya bagi menghadapi perlawanan sumbangsih sekali gus mengejar trofi pertama serta persiapan untuk Liga Super untuk musim 2023.

Tayangan Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Pra Musim Terengganu FC 2023 Di Thailand

Sama seperti pasukan-pasukan lain juga dimana perlawanan persahabatan dalam tempoh pra musim ini tidak akan ditayangkan secara langsung di tv sama ada di saluran Astro mahupun RTM atau TV3.

Tetapi pihak pengurusan TFC sendiri yang akan bawakan tayangan secara live streaming yang boleh ditonton secara online menerusi platform TFCPLAY di https://tfcplay.com/. Anda hanya perlu langgan RM7 sebulan atau RM60 untuk setahun.

Jadual & Keputusan Perlawanan Pra Musim Terengganu FC 2023

Jadi untuk peminat bola sepak tanah air khususnya kepada penyokong setia Terengganu FC, berikut merupakan jadual penuh semua perlawanan dan keputusan yang akan dikemaskini selepas habis tamat perlawanan.

8 Februari 2023 (Rabu)

FT : Terengganu FC (1) - (1) Rajpracha FC

  • Zuasyraf Zulkiefle 49'
  • Ronnachai Rangsiyo 54'

Masa : 4.30 Petang
Venue : Stadium Universiti RBAC
Live Streaming : TFCPLAY

9 Februari 2023 (Khamis)

FT : Terengganu FC (2) - (0) Bangkok FC

  • Ivan Mamut 73'
  • Habib Haroon 76'

Masa : 5.00 Petang
Venue : Verso International School Stadium
Live Streaming : TFCPLAY

12 Februari 2023 (Ahad)

FT : Terengganu FC (0) - (2) Odense Boldklub FC

  • Sabbi
  • Mucolli

Masa : 7.30 Petang
Venue : Stadium Phantum BG
Live Streaming : TFCPLAY

13 Februari 2023 (Isnin)

FT : Terengganu FC (1) - (0) Chonburi FC

  • Jordan Mintah 59'

Masa : 7.00 Malam
Venue : Stadium Chonburi UTA
Live Streaming : TFCPLAY

Post a Comment

Previous Post Next Post