Keputusan Badminton Live Malaysia vs India Di BAMTC Dubai 2023

Keputusan Badminton Live Malaysia vs India Di BAMTC Dubai 2023

Untuk perlawanan ketiga bagi peringkat kumpulan, Malaysia akan bertemu pula dengan pasukan India pada 16 Februari 2023, hari Khamis jam 5.00 waktu tempatan atau 9.00 malam waktu Malaysia masih di Dubai Exhibition Centre, UAE.

Sebelum ini, pasukan negara yang mana semua pemain telah bermain sama ada menentang UAE atau Kazakhstan dan mendapat kemenangan bersih bagi kedua-dua perlawanan tersebut sebanyak 5-0. India pastinya tidak akan memberika jalan mudah untuk pasukan negara.

Perlawanan inilah yang bakal menentukan pasukan mana yang akan bergelar juara dan naib juara untuk kumpulan B. Tetapi kedua-duanya kini sudah layak ke pusingan suku akhir.

Jadual, Keputusan & Siaran Langsung Malaysia vs India Di Dubai 2023

Masih dalam peringkat kumpulan, jadi tiada lagi siaran langsung yang akan dibawakan menerusi Astro Supersport 814 yang mana akan disiarkan di kaca tv bermula pada peringkat kalah mati di pusingan suku akhir.

Tetapi pada peringkat kumpulan ini, akan dibawakan live streaming menerusi laman youtube @BadmintonAsia untuk Court 1. Manakala untuk Court 2, boleh tonton di Instagram @badmintonasia.official. Tiada live rasmi untuk Court 3 dan Court 4.

Berikut merupakan senarai pemain yang akan bermain bagi setiap kategori untuk pasukan Malaysia dan India. Disertakan juga jadual dan keputusan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

16 Februari 2023 (Khamis)

Malaysia (1) - (4) India - 9.00PM di Court 4

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (IND) Prannoy H. S. - [21-18, 13-21, 23-25]

[WS] Wong Ling Ching (MAS) vs (IND) Pusarla V. Sindhu - [13-21, 17-21]

[MD] Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) vs (IND) Dhruv Kapila/Chirag Shetty - [21-16, 21-10]

[WD] Pearly Tan/M Thinaah (MAS) vs (IND) Treesa Jolly/Gayatri G Pullela - [21-23, 15-21]

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (IND) Ishaan Bhatnagar/Tanisha Crasto - [19-21, 21-19, 16-21]

*India (juara kumpulan) dan Malaysia (tempat kedua) berjaya mara ke pusingan suku akhir

Untuk dapatkan keputusan penuh bagi lain-lain pasukan, anda boleh rujuk sini Jadual & Keputusan Badminton Asia Mixed Team Championships 2023

Post a Comment

Previous Post Next Post