Keputusan Badminton Live Malaysia Vs Kazakhstan Di BAMTC Dubai 2023

Keputusan Badminton Live Malaysia Vs Kazakhstan Di BAMTC Dubai 2023

Untuk perlawanan kedua dalam kumpulan B, Malaysia akan bertemu pasukan Kazakhstan pada 15 Februari 2023, hari Rabu jam 5.00 waktu tempatan atau 9.00 malam waktu Malaysia juga bertempat di Dubai Exhibition Centre, UAE.

Untuk perlawanan pertama menentang UAE, skuad negara sapu bersih dengan mengalahkan lawan masing-masing bagi setiap kategori dengan kemenangan 5-0 sekali gus menamatkan saingan hari pertama di tangga kedua di belakang India dengan jumlah mata yang sama 2 point.

Dalam masa yang sama juga, dua pasukan daripada kumpulan yang sama iaitu India akan berdepan dengan tuan rumah, UAE juga pada pukul 9.00 malam.

Jadual, Keputusan & Siaran Langsung Malaysia Vs Kazakhstan Di Dubai 2023

Masih dalam peringkat kumpulan, jadi tiada lagi siaran langsung yang akan dibawakan menerusi Astro Supersport 814 yang mana akan disiarkan di kaca tv bermula pada peringkat kalah mati di pusingan suku akhir.

Tetapi pada peringkat kumpulan ini, akan dibawakan live streaming menerusi laman youtube @BadmintonAsia untuk Court 1. Manakala untuk Court 2, boleh tonton di Instagram @badmintonasia.official. Tiada live rasmi untuk Court 3 dan Court 4.

Untuk perlawanan kali ini, Malaysia dan Kazakhstan akan bermain di Court 4. Jadi secara rasminya tiada live streaming akan dipaparkan pada gelanggang mereka.

Berikut merupakan senarai pemain yang akan bermain bagi setiap kategori untuk pasukan Malaysia dan Kazakhstan. Disertakan juga jadual dan keputusan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

15 Februari 2023 (Rabu)

Malaysia (5) - (0) Kazakhstan - 9.00PM di Court 4

[WS] Wong Ling Ching (MAS) vs (KAZ) Aisha Zhumabek - [21-6, 21-13]

[MS] Leong Jun Hao (MAS) vs (KAZ) Dmitriy Panarin -[21-12, 21-16]

[WD] Go Pei Kee/Teoh Mei Xing (MAS) vs (KAZ) N Rakhmetullayeva/K Smagulova - [21-7, 21-7]

[MD] Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) vs (KAZ) K Kulmatov/A Niyazov - [21-5, 21-17]

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (KAZ) M Tadzhibullaev/A Zhumabek - [21-9, 21-10]

Untuk dapatkan keputusan penuh bagi lain-lain pasukan, boleh rujuk Jadual & Keputusan Badminton Asia Mixed Team Championships 2023

Post a Comment

Previous Post Next Post