Keputusan Badminton Live Suku Akhir Malaysia Vs China Di BAMTC Dubai 2023

Keputusan Badminton Live Suku Akhir Malaysia Vs China Di BAMTC Dubai 2023

Kini sudah memasuki peringkat kalah mati dimana Malaysia telah diundi bertemu China untuk pusingan Suku Akhir pada 17 Februari 2023, hari Jumaat jam 4.00 waktu tempatan atau 8.00 malam waktu Malaysia masih bertempat di Dubai Exhibition Centre, UAE.

Pada peringkat kumpulan, pasukan negara menghabiskan cabaran di tempat kedua sekali gus meraih naib juara untuk kumpulan B dibelakang India sebagai juara kumpulan. Malaysia tewas 1-4 dalam perlawanan terakhir menentang India.

Walaubagaimanapun, Malaysia tetap berjaya mara ke pusingan seterusnya dan kini perlu berdepan dengan gergasi China yang juga merupakan penyandang juara Badminton Asia Mixed Team Championship (BAMTC).

Jadual, Keputusan & Siaran Langsung Malaysia Vs China Di Dubai 2023

Bermula pusingan suku akhir ini, anda akan disajikan dengan siaran langsung menerusi saluran Astro Supersport 814 atau secara online di Astro Go dan Sooka. Tiada lagi live streaming yang menyakitkan hati seperti sebelum ini.

Berikut merupakan senarai pemain yang akan bermain bagi setiap kategori untuk pasukan Malaysia dan China. Disertakan juga jadual dan keputusan lain yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa

17 Februari 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

Korea (3) - (1) Indonesia - 1.00PM Court 1 live di Astro
Thailand (3) - (2) Jepun - 1.00PM Court 2 tiada live
India (3) - (2) Hong Kong - 8.00PM Court 1 live di Astro

  • China (3) - (2) Malaysia - 9.00PM di Court 2 tiada live

[MS] Lei Lan Xi (CHN) vs (MAS) Lee Zii Jia - [16-21, 20-22]

[WS] Gao Fang Jie (CHN) vs (MAS) Goh Jin Wei - [15-21, 21-13, 21-19]

[MD] He Ji Ting/Zhou Hao Dong (CHN) vs (MAS) Ong Yew Sin/Teo Ee Yi - [24-22, 21-18]

[WD] Liu Cheng Shu/Tan Ning (CHN) vs (MAS) Pearly Tan/M Thinaah[17-21, 21-12, 19-21]

[XD] Feng Yan Zhe/Huang Dong Ping (CHN) vs Tan Kian Meng/Lai Pei Jing - [21-15, 25-23]

*Malaysia gagal ke pusingan seterusnya. Korea, Thailand, India dan China berjaya mara ke separuh akhir.

Untuk dapatkan senarai pemain untuk perlawanan lain, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di www.tournamentsoftware.com/sport/bamtc

Post a Comment

Previous Post Next Post