Untuk perlawanan pertama dalam kumpulan B, Malaysia akan bertemu pasukan tuan rumah, United Arab Emirates (UAE) pada 14 Februari 2023, hari Selasa jam 5.00 petang bertempat di Dubai Exhibition Centre, Dubai UAE.
Dalam masa yang sama, dua lagi pasukan daripada kumpulan yang sama iaitu India akan bertemu Kazakhstan. Setiap kumpulan, hanya juara dan naib juara yang akan layak ke peringkat kalah mati di pusingan suku akhir.
Dalam kejohanan Badminton Asia Mixed Team 2023 terdapat 5 kategori yang dipertandingkan bagi membentuk sebuah kumpulan iaitu terdiri daripada perseorangan lelaki dan wanita serta beregu lelaki, wanita dan campuran.
Jadual, Keputusan & Siaran Langsung Malaysia Vs UAE Di BAMTC Dubai 2023
Sebelum ini, pihak pengajur memaklumkan tayangan siaran langsung di Astro Supersport 814 hanya akan bermula pada pusingan suku akhir. Manakala untuk peringkat kumpulan hanya akan dimainkan secara live streaming di platform yang disediakan.
Untuk Court 1, anda boleh saksikan secara online di youtube @BadmintonAsia. Manakala untuk Court 2, boleh tonton di Instagram @badmintonasia.official. Sepertinya tiada live di Court 3 dan Court 4.
Berikut merupakan senarai pemain yang akan bermain bagi setiap kategori untuk pasukan Malaysia dan UAE. Disertakan juga jadual dan keputusan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa
14 Februari 2023 (Selasa)
Malaysia (5) - (0) UAE - 5.00PM di Court 1 [Youtube]
[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (UAE) Bharath Latheesh - [21-12, 21-15]
[WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (UAE) Madhumitha Sundarapandian - [21-0, 21-7]
[MD] Teo Ee Yi/Ong Yew Sin (MAS) vs (UAE) Dev Ayyapan/Dhiren Ayyappan - [21-11, 21-13]
[WD] M. Thinaah/Pearly Tan (MAS) vs (UAE) Sanika D Gurav/Taabia Khan - [21-9, 21-8]
[XD] Tan Kiang Meng/Lai Pei Jing (MAS) vs (UAE) Dev Vishnu/Aleena Qathun - [21-10, 21-9]
Untuk dapatkan keputusan penuh bagi lain-lain pasukan, boleh rujuk Jadual & Keputusan Badminton Asia Mixed Team Championships 2023