Keputusan Undian Round Of 16 Europa League (UEL) 2022-2023

Keputusan Undian Round Of 16 Europa League (UEL) 2022-2023

Sebentar tadi telah berlangsung undian pusingan 16 (round of 16) bagi kejohanan UEFA Europa League 2022-2023 yang telah disiarkan menerusi beIN Sports 3 (CH819) di Astro pada pukul 7.00 malam waktu Malaysia.

Dalam acara tersebut secara rasmi telah memilih 16 pasukan manakah yang bakal berentap sesama mereka dalam kejohanan tersebut. 

Pendahulu Premier League Arsenal akan berdepan Sporting CP, manakala Manchester United telah diundi bertemu Real Betis. United sebelum ini telah beraksi baik dalam saingan play-off apabila menumbangkan pendahulu La Liga, Barcelona dengan keputusan 2-1 dan secara agregat 4-3.

Dengan keputusan itu juga, skuad kendalian Erik Ten Hag sekali lagi akan bertemu pasukan daripada Sepanyol yang mana ketika ini Betis berada di tangga kelima dalam La Liga.

Arsenal sebelum ini berjaya terus ke pusingan 16 terbaik apabila bergelar juara bagi Kumpulan A. Pasukan lawanya, Sporting CP adalah pasukan yang datang daripada Champions League sebelum ini dan terpaksa turun ke UEL.

Keputusan Undian Pusingan 16 Europa League (UEL) 2022-2023

Pada awalnya, undian dibuat antara juara setiap kumpulan (seeded) bertemu pemenang perlawanan pusingan play-off sebelum ini (unseeded).

Union Berlin vs Union Saint-Gailloise

Sevilla vs Fenerbahce

Juventus vs SC Freiburg

Bayer Leverkusen vs Ferencvaros

Sporting CP vs Arsenal 

Manchester United vs Real Betis

AS Roma vs Real Sociedad

Shakhtar Donetsk vs Feyenoord

Perlawanan pertama (first leg) akan bermain pada hari Jumaat, 10 Mac 2023 dan seminggu kemudian akan berlangsung untuk perlawanan kedua (second leg) iaitu pada Jumaat, 17 Mac 2023.

Undian untuk pusingan suku akhir pula akan berlangsung sejurus selepas perlawanan kedua tersebut iaitu pada 17 Mac 2023.

Europa League Final akan berlangsung di Budapest, Hungary yang dijadualkan pada 31 Mei 2023

Keputusan Undian Round Of 16 Europa League (UEL) 2022-2023

Post a Comment

Previous Post Next Post