Kejohanan bagi mengejar gelaran juara sulung untuk Piala Harapan 2023 sudah sampai ke penghujung apabila perhitungan antara kelab Penang FC dan Selangor FC bakal tercetus di pusingan final yang mana bakal berlangsung pada 4 Februari 2023, hari Sabtu.
Kedua-dua pasukan tersebut telah mengalahkan pasukan masing-masing di pusingan awal. Penang FC telah membelasah kelab jemputan dari Singapura, Geylang International FC dengan jaringan 4 gol tanpa balas. Manakala Selangor pula memenangi perlawanan menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 selepas masing-masing terikat tanpa jaringan selama 90 minit perlawanan.
Pasukan yang menang mara ke pusingan final. Manakala yang tewas tetap akan mengharungi perlawanan iaitu menerusi penentuan tempat ke 3/4 antara Kedah Darul Aman dan Geylang International FC.
Tiket Perlawanan Final Untuk Piala Harapan 2023
Untuk final dan perlawanan penentuan 3/4, harga tiket telah ditetapkan berharga RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Walaupun ada kenaikkan harga, tetapi harga ini adalah untuk 2 perlawanan tersebut (final dan penentuan 3/4).
Walaupun begitu, tiket fizikal seperti sebelum ini tidak lagi akan dijual di kaunter stadium atau pejabat, sebaliknya pembelian hanya boleh dibuat secara online sahaja menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Jumlah tiket adalah terhad.
Jadual, Keputusan Dan Tayangan Siaran Langsung Perlawanan Final Piala Harapan 2023
Sama seperti perlawanan sebelumnya, tayangan live streaming akan dibuat menerusi youtube rasmi Penang FC dengan harga RM20.00 untuk dua perlawanan terus (penentuan 3/4 dan final). Untuk langgan, anda boleh klik link pada jadual dibawah. Info Lanjut.
Berikut merupakan jadual perlawanan antara Penang FC dan Selangor FC pada perlawanan final dalam Piala Harapan 2023
4 Februari 2023 (Sabtu)
FT : Penang FC (2) - (1) Selangor FC
- Mukhairi Ajmal 25'
- Soony Saad 74', 88'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadiun Negeri Pulau Pinang
Live Streaming : Youtube Penang FC
Tahniah Penang FC juara Piala Harapan 2023