Selepas Piala Harapan, Kedah Darul Aman FC kini meneruskan misi memantapkan lagi pasukan dengan menyertai 4 lagi perlawanan persabaharan pra musim dan kali ini kesemuanya akan berlangsung di Turki bermula 9 hingga 14 Februari 2023.
Dalam tempoh ini, KDA akan berdepan dengan 2 kelab daripada Kazakhstan iaitu FC Shahkter Karagandy dan FC Maktaaral. Manakala 1 wakil daripada Uzbekistan Super League iaitu FC Nasaf dan 1 wakil kelab Ukranian Super League iaitu FC Metalist Kharkiv.
Skuad kendalian Nafuzi Zain sekali lagi akan menguji barisan pemain dengan kelab yang lebih kuat sekali gus mencari keserasian dan ramuan terbaru bagi dipersembahkan dalam Liga Super 2023 yang akan akan datang.
Jadual, Keputusan Dan Tayangan Perlawanan Persahabatan Pra Musim Kedah FC 2023 Di Turki
Peminat pasukan hijau kuning pastinya tertunggu-tunggu perlawanan-perlawanan yang akan dilangsungkan ini. Walaupun tidak dapat menonton di depan mata kerana diadakan jauh dari Malaysia, tetapi sokongan tetap terus diberikan.
Jadi disebabkan itu, pihak pengurusan akan bawakan perlawanan secara langsung menerusi live streaming di KDATV kdatv.kedahdarulamanfc.com dengan harga RM15.00 untuk satu perlawanan. Tetapi jika anda langgan secara bundle (4 perlawanan) terus, akan lebih jimat iaitu RM50.00 sahaja.
Berikut merupakan jadual perlawanan (mengikut waktu Malaysia) untuk kelab Kedah Darul Aman FC sepanjang perlawanan persabahatan pra musim 2023 bertempat di Turkiye.
*keputusan akan dikemaskini selepas tamat perlawanan
9 Februari 2023 (Khamis)
FT : Kedah Darul Aman FC (1) - (2) FC Nasaf
Willian Lira 58'
Khusain Norchaev 80'
Khusain Norchaev 83' (P)
10 Februari 2023 (Jumaat)
FT : Kedah Darul Aman FC (0) - (2) FC Shakhter Karagandy
12 Februari 2023 (Ahad)
FT : Kedah Darul Aman FC (1) - (2) FC Maktaaral
FC Maktaaral 2'
Lee Tuck 73'
FC Maktaaral 75'
14 Februari 2023 (Selasa)
FT : Kedah Darul Aman FC (0) - (2) FC Metalist Kharkiv
Dmytro Kravchenko 28'
Andriy Boryachuk 61'