Siaran Langsung Keputusan JDT Vs Terengganu Piala Sumbangsih 2023

Siaran Langsung Keputusan JDT Vs Terengganu Piala Sumbangsih 2023

Musim Liga Super 2023 akan membuka tirai mulai 24 Februari 2023 menerusi perlawanan sumbangsih antara JDT dan Terengganu bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

JDT sebagai penyandang juara pastinya ingin mengekalkan piala tersebut di bumi Johor sekali gus meraih 3 mata untuk perlawanan pertama liga super apabila berhadapan Terengganu sebagai antara seteru utama pada musim lalu.

Ya, selain daripada perlawanan sumbangsih merebut piala, perlawanan ini juga termasuk dalam jadual Liga Super 2023. Jadi mana-mana pasukan yang menang akan meraih 3 mata dan yang kalah akan pulang tanpa sebarang mata. Jika perlawanan tamat dalam 90 minit tanpa pemenang, masing-masing dapat 1 mata.

Jadual, Keputusan & Siaran Langsung Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah 2023

Perlawanan ini akan berlangsung di Johor, jadi penyokong boleh datang ke stadium untuk menjadi pemain ke-12 dengan dapatkan tiket masuk secara online menerusi tickets.jdtfc.com.my yang kini sudah mula dijual.

Jika tidak berkesempatan untuk datang, jangan risau perlawanan ini juga akan ditayangkan di saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga saksikan di Astro Arena 801 dan Arena Bola 803. Tidak cukup dengan itu, boleh strim di RTM Klik, Astro Go atau aplikasi Sooka.

Berikut merupakan jadual dan keputusan bagi perlawanan antara JDT dan Terengganu bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2023

24 Februari 2023 (Jumaat)

FT : JDT (2) - (0) Terengganu

  • Juan Muniz 5'
  • Bergson da Silva 57' 

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : TV Okey, Sukan RTM, Astro Arena, Arena Bola
Live Streaming : RTM Klik, Sooka

JDT dinobatkan sebagai juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2023

Post a Comment

Previous Post Next Post