Kini Piala Harapan 2023 sudah memasuki pusingan seterusnya dimana pemenang pusingan pertama mara ke peringkat final. Manakala kelab yang kalah akan mengharungi pusingan penentuan tempat ke3/4 yang mana kedua-dua perlawanan tersebut berlangsung pada hari Sabtu ini bersamaa dengan 4 Februari 2023.
Jadi Kedah Darul Aman FC dan Geylang International FC akan bertemu sesama sendiri bagi penentuan tempat ketiga dan keempat. Sementara itu, Penang dan Selangor akan berentap di final bagi meraih piala sulung untuk musim 2023.
Pada pusingan pertama, Kedah terpaksa akur apabila tewas kepada Selangor dengan penentuan sepakan penalti yang berkesudahan dengan 5-6. Ini berikutan kedua-dua pasukan buntu tanpa jaringan sepanjang tempoh 90 mini. Untuk Geylang FC pula telah tewas di tangan Penang FC dengan jaringan 4 gol tanpa balas.
Tiket Perlawanan Penentuan 3/4 Untuk Piala Harapan 2023
Untuk pusingan penentuan 3/4 serta perlawanan final, harga tiket telah ditetapkan berharga RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Walaupun ada kenaikkan harga, tetapi harga ini adalah untuk 2 perlawanan tersebut (penentuan 3/4 dan final).
Walaupun begitu, tiket fizikal seperti sebelum ini tidak lagi akan dijual di kaunter stadium atau pejabat, sebaliknya pembelian hanya boleh dibuat secara online sahaja menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Jumlah tiket adalah terhad.
Jadual, Keputusan Dan Tayangan Siaran Langsung Perlawanan Penentuan 3/4 Untuk Piala Harapan 2023
Sama seperti perlawanan sebelumnya, tayangan live streaming akan dibuat menerusi youtube rasmi Penang FC dengan harga RM20.00 untuk 2 perlawanan terus (penentuan 3/4 dan final). Untuk langgan, anda boleh klik link pada jadual dibawah.
Berikut merupakan jadual perlawanan antara Kedah Darul Aman FC dan Geylang International FC pada perlawanan penentuan tempat 3/4 dalam Piala Harapan 2023
4 Februari 2023 (Sabtu)
FT : Kedah Darul Aman (2) - (1) Geylang International FC
- Zharmien Ashraf 31'
- Al Hafiz 37'
- Vincent Bezecourt 40'
Masa : 5.30 Petang
Tempat : Stadiun Negeri Pulau Pinang
Live Streaming : Youtube Penang FC
*KDA FC menamatkan siangan di tempat ketiga