Siaran Langsung Kedah Vs Terengganu Di Liga Super 2023

Siaran Langsung Kedah Vs Terengganu Di Liga Super 2023

Untuk minggu kedua, Kedah Darul Aman FC akan bertemu Terengganu FC dalam aksi Liga Super 2023 yang mana perlawanan tersebut akan berlangsung pada 1 Mac 2023, hari Rabu pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Kedah pastinya ingin meneruskan rentak kemenangan seperti yang dilakukan pada perlawanan pembukaan sebelum ditambah pula mereka akan bermain di hadapan penyokong sendiri kali ini.

Terengganu juga tidak mahu dihantui mimpi ngeri tewas seperti pada minggu pertama sekali gus terlepas trofi pertama yang mungkin dimenangi oleh skuad penyu.

Jadual, Keputusan & Siaran Langsung Kedah Vs Terengganu Di Liga Super 2023

Jadi penyokong tuan rumah pastinya tidak sabar-sabar untuk menantikan aksi sulung pasukan mereka di tempat sendiri kali ini. Jadi boleh dapatkan tiket masuk secara online di www.tickethotline.com.my

Jika tidak berkesempatan untuk datang, jangan risau perlawanan ini akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran RTM TV2 dan juga secara striming di rtmklik.rtm.gov.my dan Sooka.

Berikut merupakan jadual dan keputusan bagi perlawanan antara Kedah Darul Aman dan Terengganu untuk aksi Liga Super 2023

1 Mac 2023 (Rabu)

FT : Kedah Darul Aman (1) - (0) Terengganu

  • Fadzrul Danel 90'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman, Alor Setar
Tayangan : TV2
Live Streaming : RTM Klik, Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post