Untuk perlawanan kedua, Kuala Lumpur City FC akan bertemu Johor Darul Ta'zim dalam aksi Liga Super 2023 yang mana perlawanan ini akan berlangsung pada 1 Mac 2023, hari Rabu pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Bola Sepak Cheras.
Adakah KL City dapat menumbangkan juara liga sembilan kali JDT yang mana baru sahaja meraih kejuaraan kelapannya untuk Perlawanan Sumbangsih, Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada jumaat lalu?
JDT juga tidak mahu rekod bersih tanpa kekalahan seperti musim lalu bocor apabila berkunjung ke stadium di ibu kota pada rabu ini.
Jadual, Keputusan & Siaran Langsung KL City Vs JDT Di Liga Super 2023
Pastinya setiap kali perlawanan yang melibatkan pasukan JDT, stadium akan penuh dengan penyokong. Jadi jangan lupa datang dan beli tiket masuk secara online di www.tickethotline.com.my
Jika tidak berkesempatan untuk datang, jangan risau perlawanan ini akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Arena Bola 803 dan juga secara striming di Astro Go. Anda juga boleh langgan di Sooka dengan harga serendah RM4.90 untuk satu-perlawanan.
Berikut merupakan jadual dan keputusan bagi perlawanan antara KL City dan JDT untuk aksi Liga Super 2023
1 Mac 2023 (Rabu)
FT : KL City (0) - (3) JDT
- Romel Morales 41' (OG)
- Endrick 52'
- Arif Aiman 90'
Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go, Sooka