Siaran Langsung KL City Vs Perak Di Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023

Siaran Langsung KL City Vs Perak Di Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023

Piala Menteri Wilayah Persekutuan kini kembali apabila bakal berlangsung mempertemukan tuan rumah, KL City FC dan Perak FC yang mana akan berlangsung pada 4 Februari 2023 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Edisi kali ini merupakan yang ketiga apabila KL City memenanginya untuk edisi pertama bertemu Selangor pada tahun 2021. Kemudian tewas kepada pasukan yang sedang meningkat naik ketika itu, Negeri Sembilan FC untuk edisi kedua pada tahun 2022.

Kali ini, pastinya skuad Bojan Hodak pastinya tidak ingin lagi dikecawakan untuk melepaskan gelaran tersebut kepada pihak lawan, Perak FC yang kini dibimbing oleh ketua jurulatih ternama Datuk Lim Teong Kim.

Tiket Masuk Perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023

Istimewa untuk kedua-dua penyokong pasukan ini, apabila pihak penganjur mengumumkan tiket masuk untuk perlawanan ini dijual dengan harga RM1.00 sahaja. Boleh dapatkan tiket masuk di kaunter stadium.

Selain itu, penyokong juga bakal mendapat hadiah percuma kad sim XOX dengan kredit RM5 dan data 18GB. Jadi tiada lagi alasan untuk anda tidak datang ke stadium bagi memberika sokongan padu kepada kelab masing-masing.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023

Tetapi jangan risau bagi mereka yang tidak sempat hadir ke stadium, dimana perlawanan ini juga bakal disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go pada 4 Februari 2023, hari Sabtu pada jam 9.00 malam.

Berikut merupakan jadual perlawanan bagi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023

4 Februari 2023 (Sabtu)

FT : KL City FC (3) - (0) Perak FC

  • Caion 34'
  • Paulo Josue 53'
  • G. Gallifuoco 74'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
Tayangan : Astro Arena 801

Siaran Langsung KL City Vs Perak Di Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023

Post a Comment

Previous Post Next Post