Untuk hari ketiga Liga Super 2023 juga melibatkan pertemuan antara Negeri Sembilan FC dan Sri Pahang FC yang akan beraksi pada 26 Februari 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Negeri Sembilan akan melayan kunjungan skuad Tok Gajah di Paroi dan pastinya akan digunakan sebaiknya apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri dan cuba untuk mendapatkan 3 mata untuk musim kali ini.
Jadual, Keputusan & Siaran Langsung Negeri Sembilan Vs Sri Pahang Di Liga Super 2023
Perlawanan ini akan berlangsung di Negeri Sembilan, jadi penyokong tuan rumah terutamanya boleh datang ke stadium untuk menjadi pemain ke-12 dengan dapatkan tiket masuk secara online di www.tickethotline.com.my dengan harga bermula RM15.
Jika tidak berkesempatan untuk datang, jangan risau perlawanan ini juga akan ditayangakn secara langsung menerusi saluran RTM TV Okey dan Sukan RTM juga boleh striming di RTM Klik serta Sooka secara percuma.
Berikut jadual live dan keputusan bagi perlawanan antara Negeri Sembilan dan Sri Pahang untuk aksi Liga Super 2023
26 Februari 2023 (Ahad)
FT : Negeri Sembilan (1) - (1) Sri Pahang
- Casagrande 21'
- Abdul Malik Mat Ariff 48'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi
Tayangan : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik & Sooka