Siaran Langsung Selangor Vs Kelantan United Di Liga Super 2023

Siaran Langsung Selangor Vs Kelantan United Di Liga Super 2023

Untuk hari ketiga Liga Super 2023 akan bermula dengan perlawanan bola sepak antara Selangor FC dan Kelantan United FC yang akan beraksi pada 26 Februari 2023, hari Ahad bertempat di Stadium MBPJ, Selangor.

Selangor sebagai salah satu kelab gergasi di Liga Super akan menerima kunjungan dari kelab yang baru diserap naik ke Liga Super, Kelantan United yang pada musim lalu telah mengakhiri saingan Liga Premieru di tempat kelima.

Adakah Selangor berjaya menang selesa ke atas Kelantan United? Atau adakah akan ada kejutan yang bakal ditunjukkan daripada kelab yang berpengkalan di pantai timur tersebut?

Jadual, Keputusan & Siaran Langsung Selangor Vs Kelantan United Di Liga Super 2023

Perlawanan ini akan berlangsung di Selangor, jadi penyokong boleh datang ke stadium untuk menjadi pemain ke-12 dengan dapatkan tiket masuk secara online di www.tickethotline.com.my dengan harga bermula RM20.

Jika tidak berkesempatan untuk datang, jangan risau perlawanan ini juga akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Arena Bola 803 dan secara striming di Astro Go. Bagi yang tidak mempunyai Astro, anda boleh langgan di Sooka dengan harga serendah RM4.90 untuk satu perlawanan.

Berikut merupakan jadual dan keputusan bagi perlawanan antara Selangor dan Kelantan United untuk aksi Liga Super 2023.

26 Februari 2023 (Ahad)

FT : Selangor (1) - (0) Kelantan United

  • Yazan Al-Arab 40'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium MBPJ
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go, Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post