Terengganu FC akan berdepan dengan kelab Rajpracha FC untuk perlawanan pertama pra musim 2023 pada 8 Februari 2023, hari Rabu bertempat di RBAC University Stadium.
Rajpracha FC merupakan antara kelab yang bermain di Thai League Division 2. Untuk rekod, kelab ini menduduki tangga ke 16 daripada 18 pasukan yang bertanding untuk musim 2021-2022.
Siaran Langsung Perlawanan Terengganu FC Vs Rajpracha FC 2023
Jadi jangan terlepas khusus untuk penyokong pasukan Terengganu FC untuk saksikan perlawanan yang akan dibawakan secara live streaming menerusi TFCPLAY di https://tfcplay.com/. Langgan sekarang dengan harga RM7.00 sebulan atau RM60 setahun.
BACA : Jadual Penuh Perlawanan Pra Musim Terengganu FC 2023
Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan pertama antara Terengganu FC dan Rajpracha FC untuk pra musim Bangkok Tour 2023
8 Februari 2023 (Rabu)
FT : Terengganu FC (1) - (1) Rajpracha FC
- Zuasyraf Zulkiefle 49'
- Ronnachai Rangsiyo 54'
Masa : 4.30 Petang
Venue : Stadium Universiti RBAC
Live Streaming : TFCPLAY