BWF baru-baru ini telah mengeluarkan undian perlawanan bagi kejohanan All England Open 2023 yang bakal berlangsung bermula 14 hingga 19 Mac depan bertempat di Utilita Arena Birmingham.
Peminat badminton sedia maklum, All England antara kejohanan BWF World Tour yang paling gah berbanding yang lain dan ianya mempunyai sejarah tersendiri selain daripada level Super 1000.
Kejohanan ini jugalah ramai pemain-pemain badminton khususnya pemain negara berjaya menempah nama menjadi juara. Antaranya Rashid Sidek, Datuk Misbun Sidek, Datuk Lee Chong Wei, Hafiz Hashim dan terbaru daripada Lee Zii Jia.
Kejohanan ini juga ditunggu-tunggu oleh semua peminat badminton seluruh dunia. Disini kita bakal dapat lihat senarai pemain ternama dengan kedudukan rangking yang tinggi. Boleh tengok aksi mereka secara langsung.
Undian Perlawanan Bagi Kejohanan BWF Yonex All England Open 2023
Pihak BWF telah mengeluarkan keputusan undian untuk semua kategori. Walaubagaimanapun, keputusan ini mungkin berubah sekiranya akan ada pemain yang menarik diri disaat-saat akhir kelak. Ini antara undian melibatkan pemain Malaysia:
Perseorangan Lelaki
Shesar Hiren Rhustavito (INA) vs (MAS) Ng Tze Yong
Sitthikom Thammasin (THA) vs (MAS) Lee Zii Jia [4]
Chico Aura Dwi Wardoyo (INA) vs (MAS) Liew Daren
Perseorangan Wanita
Yvonne Li (GER) vs (MAS) Goh Jin Wei
Beregu Lelaki
Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi (MAS) vs (TPE) Lee Yang/Wang Chi-Lin
Ruben Jille/Ties Van Der Lecq (NED) vs (MAS) Man Wei Chong/Kai Wun Tee
Leo Rolly Carnando/Daniel Mathin (INA) vs (MAS) Aaron Chia [2]/Soh Wooi Yik
Beregu Wanita
Margot Lambert/Anne Tran (FRA) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien
Pearly Tan [5]/Thinaah Muraltiharan (MAS) vs (JPN) Mayu Matsutomo/Wakana Nagahara
Beregu Campuran
Tan Kian Meng [6]/Lai Pei Jing (MAS) vs (INA) Rinov Rivaldy/Pitha H Mentari
Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (JPN) Yuki Kaneko/Misaki Matsutomo
Seo Seung Jae/Chae Yu Jung (KOR) vs (MAS) Goh Soon Huat [7]/Lai Shevon Jemie
*Tertakluk kepada perubahan