Jadual Perlawanan Pusingan Pertama Piala FA 2023

Jadual Perlawanan Pusingan Pertama Piala FA 2023

Seperti yang diumumkan oleh pihak MFL sebelum ini dimana bagi kejohanan Piala FA 2023 ianya akan bermula daripada pusingan pertama dimana perlawanan ini akan berlangsung pada 8 Mac dan 25 mac dengan hanya melibatkan 4 perlawanan sahaja.

Dengan adanya 4 perlawanan ini, ianya melibatkan 8 pasukan kesemuanya iaitu pasukan Liga Super: Kedah Darul Aman, Penang, Perak dan Sri Pahang. Manakala 4 pasukan lagi daripada Liga M3 iaitu Manjung City, Sains, Kuala Kangsar BRM dan Imigresen. Bagi yang berjaya mara, pasukan ini akan bergerak terus ke pusingan 16 terbaik berjumpa dengan pasukan lawan masing-masing.

Pertembungan Kedah dan Penang dimana pasukan yang menang akan bertemu Kuching City di pusingan 16. Manakala Perak bertemu Sri Pahang pula untuk pasukan yang menang akan berdepan dengan Selangor di pusingan seterusnya.

Manakala pemenang bagi pertembungan Manjung City dan Sains akan bertemu Kelantan FC. Satu lagi perlawanan antara BRM dan Imigresen, pasukan yang menang akan bertemu KL City di pusingan 16 yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan April ini. Ianya merupakan peringkat kalah mati dan tiada perlawanan timbal balik

Kesemua yang bertanding dalam Piala FA 2023 ada 20 pasukan dengan melibatkan 14 pasuakn Liga SUper dan 6 pasukan dari Liga M3. Jadi 8 pasukan bermula di pusingan awal dan 12 pasukan lagi akan terus secara automatik di pusingan 16.

Perlawanan tumpuan adalah pastinya daripada 4 pasukan Liga Super. Pertemuan Kedah dan Penang iaitu Derby Utara dan Perak serta Sri Pahang yang pastinya kesemuanya ingin menang dan bergerak ke pusingan yang lebih jauh dalam kejohanan ini.

Bagi pasukan liga amatur juga, mereka akan bersaing sesama sendiri dahulu untuk pusingan awal dan mampukan keenam-enam pasukan ini membuat kejutan terhadap pasukan-pasukan profesional yang kini bermain di liga kompetitif.

Jadual Penuh Piala FA 2023

Berikut merupakan jadual penuh bagi kejohanan Piala FA 2023 melibatkan 20 pasukan kesemuanya dan perlawanan pertama dijadualkan pada 8 Mac sehingga final dijangka akan berlangsung pada 22 Julai 2023.

Jadual penuh piala FA 2023

Siaran Langsung Pusingan Pertama Piala FA 2023

Seperti yang diumumkan pada awal musim, kesemua perlawanan Liga Malaysia termasuk Piala FA akan ditayangkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro dan RTM. Jadi tak perlu risau jika anda tidak sempat untuk datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan-perlawanan tersebut.

Untuk RTM disiarkan di TV2, TV Okey dan Sukan RTM serta secara online di RTM Klik. Untuk Astro, selain daripada Astro Arena, dibawakan 2 saluran tambahan iaitu Arena Bola 803 dan Arena Bola 2 804 dan secara online di Astro Go.

Selain itu juga, akan dibawakan menerusi platform penstriman online sama ada di web atau aplikasi Sooka dengan langganan serendah RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau pas secara bulanan dengan harga RM28.90

Jadual Perlawanan Pusingan Pertama Piala FA 2023

Berikut merupakan jadual penuh untuk pusingan pertama Piala FA 2023 yang melibatkan 4 perlawanan sahaja yang dijadualkan berlangsung pada 8 dan 25 Mac 2023.

8 Mac 2023 (Rabu)

FT : Perak (1) - (2) Sri Pahang

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Perak
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

AET : Kedah Darul Aman (2) - (2) Penang [Pen: 3-4]

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

25 Mac 2023 (Sabtu)

FT : Manjung City (2) - (0) Sains

  • Syamin Baharuddin 3'
  • Afeeq Iqmal Rosli 84'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Majlis Perbandaran Manjung
Tayangan : Astro Arena 801, Arena Bola 803, TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

FT : Kuala Kangsar BRM (0) - (1) Imigresen

  • Abdul Azim Rahim 10' (P)

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post