Selain Manjung City dan Sains, satu lagi perlawanan Piala FA 2023 Pusingan Pertama akan berlangsung pada minggu ini iaitu pertemuan antara Kuala Kangsar BRM FC dan Imigresen FC yang bakal berlangsung pada 25 Mac 2023, hari Sabtu pada jam 10.00 malam bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.
Jadi dalam tempoh masa yang sama akan berlangsung dua perlawanan pada akhirnya kita akan terjawab segala persoalan sepenuhnya pasukan manakah yang akan mengiringan Sri Pahang dan Penang untuk ke pusingan 16 terbaik Piala FA 2023.
Ya sebelum ini Sri Pahang telah menumpaskan Perak di tempat lawan dengan keputusan 2-1. Manakala Penang juga berjaya menumbangkan pihak lawan di gelanggang mereka sendiri iaitu Kedah Darul Aman selepas kedua-duanya terikat dengan jaringan 2-2 dan pemenang ditentukan dengan sepakan penalti yang aman akhir berpihak kepada Penang.
Pemenang bagi perlawanan Manjung City dan Sains akan bertemu Kelantan FC. Manakala untuk perlawanan ini yang melibatkan BRM dan Imigresen, pasukan yang menang akan bertemu KL City FC di pusingan 16 yang dijadualkan berlangsung pada 14-15 April ini.
Sejak 3 perlawanan awal, kedua-dua pasukan ini telah berjumpa sesama mereka dan perlawanan tersebut berpihak kepada pasukan Imigresen apabila berjaya menumpaskan BRM dengan jaringan 1-0 pada minit-minit akhir.
Jika dlihat dalam kedudukan Liga M3, Imigresen kini menduduki tempat ke-4 selepas meraih 2 kemenangan dan 1 keputusan seri sekali gus mengumpul sebanyak 7 mata. Manakala BRM hanya meraih 1 kemenangan dengan 2 kekalahan yang mana hanya peroleh 3 mata di kedudukan ke-9 daripada 14 pasukan.
Pembelian Tiket Masuk Ke Stadium
Setakat ini tiada makluman tentang tiket masuk sama ada perlu beli atau boleh masuk secara percuma. Perlawanan kali ini juga sepertinya bermain di stadium bukan kebiasaan untuk kedua-dua pasukan. Jadi jika ada sebarang perubahan, akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Kemaskini terbaru dimana pihak pengurusan telah memaklumkan adalah masuk secara percuma. Jadi orang ramai terutamanya yang berhampiran, boleh datang beramai-ramai untuk saksikan perlawanan ini secara lebih dekat lagi nanti.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan BRM dan Imigresen dalam perlawanan ini.
Siaran Langsung Piala FA 2023 BRM vs Imigresen
Sama seperti perlawanan Piala FA yang lain dimana akan dibawakan secara langsung untuk tontonan ramai menerusi saluran Astro Arena 2 804 atau boleh juga strim secara online khusus untuk pengguna Astro di Astro Go.
Selain itu, anda juga boleh strim secara live menggunakan platform web atau aplikasi Sooka bagi mereka yang tidak mempunyai Astro. Tiada untuk pas 1-perlawanan berharga RM4.90 untuk pusingan awal, jadi anda kena langgan untuk pas bulanan berharga RM28.90 untuk menonton perlawanan ini.
Jadual Dan Keputusan BRM vs Imigresen Di Piala FA 2023
Ini merupakan jadual perlawanan melibatkan BRM bertemu Imigresen. Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis atau tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut.
Jadi jangan terlepas untuk saksikan Piala FA 2023 pusingan pertama yang dimainkan dalam bulan Ramadan antara BRM Kuala Kangsar FC vs Imigresen FC pada 25 Mac ini, hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
25 Mac 2023 (Sabtu)
FT : BRM (0) - (1) Imigresen
Abdul Azim Rahim 10' (P)
*Imigresen berjaya ke pusingan 16 Piala FA 2023 bertemu KL City
Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
Tayangan : Astro Arena 2 804
Live Streaming : Astro Go dan Sooka