Selepas sebulan BWF World Tour berehat dan mereka kini kembali menerusi kejohanan German Open 2023 dimana akan berlangsung bermula 7 hingga 12 Mac 2023 bertempat di Westenergie Sporthalle di Mulheim, Germany.
Yonex German Open 2023 merupakan antara kejohanan yang tersenarai dalam kalendar BWF tahun ini dimana ianya merupakan acara Super 300 dengan menawarkan mata rangking dan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD210,000 (~RM890 ribu)
Senarai Pemain Malaysia Dalam German Open 2023
Berikut merupakan senarai pemain badminton Malaysia yang layak dan bertanding dalam kejohanan ini untuk pemain dibawah naungan BAM serta pemain-pemain profesional negara untuk setiap kategori.
Perseorangan Lelaki - Lee Zii Jia [1], Liew Daren, Cheam June Wei
Perseorangan Wanita - Goh Jin Wei
Beregu Lelaki - Aaron Chia [1]/Soh Wooi Yik, Tan Kian Meng/Tan Wee Kiong, Ong Yew Sin [5]/Teo Ee Yi
Beregu Wanita - Tan Pearly [3]/Thinaah Muralitharan, Vivian Hoo/Lim Chiew Sien
Beregu Campuran - Chen Tang Jie/Toh Ee Wei, Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing, Tan Kian Meng [3]/Lai Pei Jing
Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton German Open 2023
Kejohanan ini akan bermula dengan pusingan kelayakan dan bagi yang berjaya akan meneruskan cabaran ke pusingan awal iaitu pusingan 32 sehinggalah ke pusingan akhir dengan format kalah mati.
Anda boleh saksikan perlawanan badminton untuk kejohanan ini menerusi saluran Astro Supersport 814 atau secara online di Astro Go. Walaubagaimanapun, tayangan siaran langsung hanya akan bermula pada hari kelima iaitu di pusingan separuh akhir.
Selain itu, kejohanan ini juga akan dibawakan secara live streaming di laman youtube rasmi BWF di www.youtube.com/c/bwftv yang boleh disaksikan secara percuma. Mungkin perlukan sambungan VPN khusus untuk penonton di Malaysia
Berikut merupakan jadual penuh perlawanan yang hanya melibatkan pemain-pemain Malaysia sepanjang kejohanan German Open 2023 berlangsung
*Jadual adalah mengikut waktu malaysia dan keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
7 Mac 2023 (Selasa) - Kelayakan [Q] & Pusingan 32
~ Perlawanan pembukaan adalah pada jam 4.00 petang
[XD] Tan Kian Meng [3]/Lai Pei Jing (MAS) vs (INA) D Ferdinansyah/G E Widjaja - [14-21, 14-21]
[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (MAS) Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing - [21-12, 20-22, 21-14]
------------------------------------------------
8 Mac 2023 (Rabu) - Pusingan 32
~ Perlawanan pembukaan adalah pada jam 5.00 petang
[WS] Lianne Tan (BEL) vs (MAS) Goh Jin Wei - [21-23, 13-21]
[MS] Liew Daren (MAS) vs (JPN) Kanta Tsuneyama - [18-21, 17-21]
[MS] Kenta Nishimoto (JPN) vs (MAS) Cheam June Wei - [21-10, 21-15]
[MS] Lee Zii Jia [1] (MAS) vs (DEN) Magnus Johannesen - [21-11, 21-5]
[WD] Tan Pearly [3]/M Thinaah (MAS) vs (IRL) Kate Frost/Moya Ryan - [21-7, 21-18]
[MD] Fang-Chih Lee/Lee Yang (TPE) vs (MAS) Ong Yew Sin [5]/Teo Ee Yi - [21-17, 20-22, 15-21]
[WD] Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS)* vs (KOR) Jeong Na Eun [2]/Kim Hye Jeong - [12-21] *RET
------------------------------------------------
9 Mac 2023 (Khamis) - Pusingan 16
~ Perlawanan pembukaan adalah pada jam 8.00 malam
[WS] Pornpawee Chochuwong [8] (THA) vs (MAS) Goh Jin Wei - 8.05PM
[XD] Seo Seung Jae [6]/Chae Yu Jung (KOR) vs (MAS) Chen Tang Jie/Toh Ee Wei - 8.10PM
[MS] Lee Zii Jia [1] (MAS) vs (TPE) Chia Hao Lee - 9.00PM
[MD] Tan Kian Meng/Tan Wee Kiong (MAS) vs (KOR) Kang Min Hyuk/Seo Seung Jae - 1.10AM
[MD] Aaron Chia [1]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (JPN) Akira Koga/Taichi Saito - 1.10AM
[WD] Tan Pearly [3]/M Thinaah (MAS) vs (SCO) J Macpherson/Ciara Torrance - 2.50AM
[MD] Lee Jhe-Huei/Yang Po-Hsuan (TPE) vs (MAS) Ong Yew Sin [5]/Teo Ee Yi - 2.50AM
------------------------------------------------
10 Mac 2023 (Jumaat) - Suku Akhir
~ Perlawanan pembukaan adalah pada jam 10.00 malam
11 Mac 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir
~ Perlawanan pembukaan adalah pada jam 7.00 malam
12 Mac 2023 (Ahad) - Final
~ Perlawanan pembukaan adalah pada jam 7.00 malam
Jadi sekiranya anda ingin ketahui keputusan semasa dan jadual perlawanan harian bagi lain-lain perlawanan, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di www.tournamentsoftware.com