Siaran Langsung Perlawanan JDT vs Sabah Di Liga Super 2023

Siaran Langsung Perlawanan JDT vs Sabah Di Liga Super 2023

Aksi Liga Super 2023 kini kembali lagi untuk minggu keenam selepas rehat untuk perlawanan persahabatan sebelum ini dan antara perlawanan yang berlangsung pada 31 Mac 2023, hari Jumaat adalah pertemuan antara Johor Darul Ta'zim dan Sabah FC bertempat di Stadium Sultan Ismail, Johor.

Ini pastinya pertemuan yang ditunggu-tunggu untuk pusingan pertama kali ini apabila kedua-dua pasukan ini kini berada di takhta liga; JDT kini berada di puncak liga dengan 15 mata, manakala Sabah mengekori rapat di tempat kedua dengan 13 mata selepas tamat 5 perlawanan.

Johor Darul Ta'zim FC

Dalam tempoh lima perlawanan awal ini, satu-satunya pasukan yang hanya mencatatkan semua kemenangan adalah JDT. Mereka masih belum tercicir sebarang mata sama ada tewas atau meraih keputusan seri apabila berdepan pihak lawan.

Bukan itu sahaja, JDT satu-satunya pasukan yang hanya melepaskan 1 gol kepada pihak lawan. Manakala JDT juga menjadi satu-satu pasukan yang menjaringkan lebih 20 gol untuk lima perlawanan awal ini yang mana secara purata sebanyak 5 gol bagi setiap perlawanan.

Sabah FC

Sabah juga tidak kurang hebatnya apabila hanya mencatatkan hanya satu keputusn seri iaitu ketika berdepan Sri Pahang FC dan selebihnya dengan kemenangan dimana sekurang-kurangnya menjaringkan 2 gol bagi setiap perlawanan.

Sabah sepertinya ingin memberikan yang terbaik berbanding sebelumnya sekali gus menggugat kecemerlangan JDT yang telah mendominasi liga hampir sedekat. Kali ini Sabah membariskan pemain-pemain terbaik untuk meraih 3 mata maksimum bagi setiap perlawanan.

Sabah pastinya ingin kemenangan apabila berdepan dengan juara Liga Super sembilan kali berturut-turut JDT apabila bertandang di Johor nanti. Tetapi JDT pasti akan mempergunakan kelebihan yang mereka ada ketika bermain di stadium keramat mereka.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan JDT dan Sabah dalam perlawanan ini

Senarai pemain JDT vs Sabah

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Bagi yang sudah rindu selepas 2 minggu tidak datang ke stadium. Inilah masanya untuk datang semula dan teruskan bagi sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Berikan sorakan semangat supaya pasukan anda dapat mengalahkan pihak lawan.

Jadi khusus untuk peminat pasukan JDT boleh dapatkan tiket secara online sekarang di laman web ticket.tickethotline.com.my. Datang dan penuhkan stadium.

Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Sabah

Ini merupakan antara perlawanan liga pertama yang berlangsung dalam bulan Ramadan. Mungkin ada yang tidak sempat untuk datang ke stadium untuk tonton secara live. Jangan risau, perlawanan ini masih akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran RTM iaitu di TV2 dan juga Sukan RTM. Selain itu, boleh juga strim secara online di RTM Klik secara percuma.

Selain itu, mungkin kini orang ramai sudah memiliki akaun Sooka. Jadi anda juga boleh tonton secara live streaming menerusi web atau aplikasi tersebut. Tak perlu langganan. Anda boleh tonton secara percuma kerana ianya disiarkan menerusi RTM.

Jadual Dan Keputusan JDT vs Sabah Di Liga Super 2023

Ini merupakan jadual perlawanan bola sepak melibatkan JDT bertemu Sabah. Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat tempoh perlawanan 90 minit pada malam tersebut. Jadi boleh dapatkan info disini.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi Liga Super 2023 antara Johor Datul Ta'zim FC vs Sabah FC pada 31 Mac ini, hari Jumaat dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail, Johor

31 Mac 2023 (Jumaat)

FT : JDT (4) - (0) Sabah

Arif Aiman 20'
Juan Muniz 39'
Syahmi Safari 81'
Fernando Forestieri 89'

Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post