Perlawanan Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu ketiga yang mana perlawanan kedua bakal mempertemukan Kedah Darul Aman FC dan PDRM FC yang akan berlangsung pada 4 Mac 2023, hari Sabtu jam 9.00 malam bertempat di Stadium Darul Aman.
Setakat minggu kedua Liga Super musim terbaru ini, Kedah Darul Aman masih mengekalkan rekod bersih kemenangan dan peroleh mata maksimum sebanyak 6 mata apabila menang berdepan Perak dan Terengganu sebelum ini.
Nasib PDRM pula berbeza apabila hanya peroleh 1 mata sahaja daripada dua perlawanan pertama mereka. Tewas di perlawanan pembukaan berdepan Sabah dan hanya berjaya memungut 1 mata di halaman sendiri ketika berdepan Perak pada Selasa lalu.
KDA pastinya ingin meneruskan rentak kemenangan dan berada di kelompok teratas. Manakala PDRM perlu mengatur strategi bagaimana untuk meraih kemenangan pertama atau sekurang-kurangnya mencuri satu mata pada perlawanan tersebut.
Pembeilan Tiket Masuk Stadium Secara Online
Jadi untuk orang Kedah, jangan lupa untuk penuhkan stadium pada malam ini bagi untuk terus memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Juga untuk penyokong pasukan lawan yang ber 'awayday'
Boleh dapatkan tiket masuk ke stadium secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga bermula RM18.60 tiket terbuka dan RM39.14 untuk tiket grandstand.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Kedah Bertemu PDRM
Sekiranya anda tidak dapat datang ke stadium, jangan risau dimana perlawanan ini juga akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan juga secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro.
Bagi yang tidak ada Astro, perlawanan ini juga boleh ditonton secara striming menerusi platform web dan aplikasi Sooka dengan langganan bermula dan serendah RM4.90 untuk pas 1-perlawanan.
Jadual Dan Keputusan Kedah vs PDRM Di Liga Super 2023
Ini merupakan jadual perlawanan melibatkan Kedah bertemu PDRM. Manakala untuk keputusan match ini hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.
Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi Liga Super 2023 antara Kedah Darul Aman FC dan PDRM FC pada 4 Mac ini, hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam berlangsung di Stadium Darul Aman
4 Mac 2023 (Sabtu)
FT : Kedah Darul Aman (0) - (1) PDRM
Bruno Suzuki 75'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka