Siaran Langsung Perlawanan Kedah vs Penang Di Piala FA 2023

Siaran Langsung Perlawanan Kedah vs Penang Di Piala FA 2023

Satu lagi perlawanan bagi kejohanan Piala FA 2023 untuk pusingan pertama adalah pertemuan antara Kedah Darul Aman FC dan Penang FC yang bakal berlangsung pada 8 Mac 2023, hari Rabu jam 9.00 malam bertempat di Stadium Darul Aman.

Dalam saingat Piala FA untuk musim 2023, sebanyak 20 pasukan kesemuanya yang layak dan mengambil bahagian dengan melibatkan 14 pasukan daripada Liga Super dan 6 pasukan daripada Liga M3. Kejohanan ini bermula daripada pusingan pertama, kemudian pusingan 16, suku akhir, separuh akhir dan final.

Walaupun begitu hanya 8 pasukan sahaja yang akan bermula di pusingan pertama termasuk pertemuan antara Kedah dan Penang ini. Lagi 12 pasukan telah pun secara automatik berada di pusingan 16. Jadual keseluruhan telah ditetapkan. Jadi pasukan yang menang dalam perlawanan ini akan bertemu Kuching City di pusingan 16 terbaik.

Baru perlawanan pusingan awal tetapi telah mempertemukan antara pasukan yang kini mencuri tumpuan iaitu Kedah bertemu Penang. Kedah merupakan juara lima kali Piala FA akan menerima kunjungan Penang yang juga telah memenanginya sekali.

Kedah sebelum ini di saingan Liga Super telah menerima tamparan hebat apabila tewas kepada pasukan yang baru dinaikkan ke liga utama iaitu PDRM juga dihadapan penyokong sendiri. Adakah kali ini Penang juga turut berjaya melakukan terhadap pasukan hijau kuning tersebut?

Tidak kurang juga untuk skuad Panthers apabila sebelum ini juga tewas kepada pasukan yang baru dinaikkan Liga Super iaitu Kelantan dengan jaringan 2 gol tanpa balas dalam saingan Liga Super untuk minggu ketiga.

Pembelian Tiket Masuk ke Stadium Secara Online

Sama juga seperti di saingan liga apabila anda boleh dapatkan tiket masuk ke stadium dengan pembelian secara online sahaja menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga bermula RM18.60 untuk tiket terbuka dan RM39.14 untuk tiket grandstand.

Pembelian tiket secara fizikal juga turut disediakan dan mula dijual pada hari ini dibeberapa tempat sekitar Kedah. Penjuala tiket di perkarangan stadium hanya bermula pada hari perlawanan sahaja dengan tanda harga bermula RM15.00 sahaja.

Siaran Langsung Piala FA 2023 Kedah vs Penang

Tetapi sekiranya anda tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau kerana perlawanan ini juga turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh tonton secara online di Astro Go percuma untuk pelanggan Astro.

Tetapi sekiranya anda tidak melanggan Astro, anda masih boleh saksikan secara live streaming menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Sepertinya tiada pas 1-perlawanan disediakan seperti di liga super. Jadi tidak boleh tidak, anda perlu langgan pas bulanan Liga Malaysia dengan harga RM28.90 sebulan.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan Kedah dan Penang dalam perlawanan ini.

Pemain keselebelasan utama Kedah dan Penang Piala FA 2023

Jadual Dan Keputusan Kedah vs Penang Di Piala FA 2023

Ini merupakan jadual perlawanan melibatkan Kedah bertemu Penang. Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis atau tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut

Jadi jangan terlepas untuk saksikan pusingan pertama Piala FA 2023 antara Kedah Darul Aman FC vs Penang FC pada 8 Mac ini, hari Rabu dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam berlangsung di Stadium Darul Aman

8 Mac 2023 (Rabu)

FT : Kedah (2) - (2) Penang (Pen : 3-4)

Manuel Ott 9', 90'
Giovane Gomes 22'
Soony Saad 68'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

*Penang FC berjaya mara ke pusingan 16 Piala FA 2023 bertemu Kuching City

Post a Comment

Previous Post Next Post