Siaran Langsung Kelantan United vs Perak Di Liga Super 2023

Siaran Langsung Kelantan United vs Perak Di Liga Super 2023

Perlawanan Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu ketiga yang mana perlawanan pertama bakal mempertemukan Kelantan United FC dan Perak FC yang mana perlawanan ini akan berlangsung pada 4 Mac 2023, hari Sabtu jam 5.30 petang bertempat di Stadum Sultan Muhammad ke-IV.

Setakat minggu kedua Liga Super musim terbaru ini, Kelantan United masih tidak peroleh sebarang mata apabila tewas pada kedua-dua perlawanan awal iaitu ketika bertemu Selangor dan Sabah dan kedua-duanya adalah di tempat lawan.

Manakala Perak hanya berjaya meraih 1 mata sahaja daripada dua perlawanan. Pada perlawanan pertama terpaksa aku tewas berdepan Kedah dan ditambah pula bermain kurang seorang apabila dilayangkan kad merah. Hanya berjaya mencuri mata ketika seri berdepan PDRM pada Selasa lalu.

Jadi masing-masing mempunyai misi yang sama iaitu mencari kemenangan pertama untuk musim kali ini sekali gus terus memberikan semangat untuk terus berjuang dalam liga yang masih panjang ini.

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Jadi untuk penduduk Kelantan khususnya dan penduduk sekitar, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan anda. Juga untuk penyokong pasukan lawan yang 'beraway day'.

Boleh dapatkan tiket masuk ke stadium secara online di pautan www.tickethotline.com.my dengan harga RM13 untuk tiket terbuka dan RM23 untuk tiket grandstand (astaka).

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kelantan United Bertemu Perak

Tapi untuk penyokong yang jauh, jangan risau apabila anda masih boleh saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go.

Bagi yang tidak ada Astro, perlawanan ini juga boleh ditonton secara striming menerusi platform web dan aplikasi Sooka dengan langganan bermula dan serendah RM4.90 untuk pas 1-perlawanan.

Jadual Dan Keputusan Kelantan United vs Perak Di Liga Super 2023

Ini merupakan jadual perlawanan melibatkan Kelantan United bertemu Perak. Manakala untuk keputusan match ini hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi Liga Super 2023 antara Kelantan United FC dan Perak FC pada 4 Mac ini, hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada jam 5.30 petang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV

4 Mac 2023 (Sabtu)

FT : Kelantan United (0) - (0) Perak

Waktu : 5.30 Petang
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post