Siaran Langsung Perlawanan Kelantan vs Penang Di Liga Super 2023

Siaran Langsung Perlawanan Kelantan vs Penang Di Liga Super 2023

Pada sebelah malam, terdapat dua perlawanan Liga Super 2023 untuk minggu ketiga dan salah satunya mempertemukan Kelantan FC dan Penang FC yang akan berlangsung pada 5 Mac 2023, hari Ahad jam 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Setakat minggu kedua Liga Super musim terbaru ini, tuan rumah TRW Kelantan berada di tangga paling corot di tempat ke-14 bersama Terengganu tanpa mengumpul sebarang mata. Mereka tewas kedua-dua perlawanan awal sebelum ini.

Manakala Penang pula berada di tangga ke-8 liga selepas hanya berjaya mengumpul 2 mata hasil daripada keputusan seri dua perlawanan sebelum ini. Ini membuatkan kedua-dua pasukan antara yang masih tidak mencipta apa-apa sebarang keputusan kemenangan setakat ini.

The Red Warriors yang dibelasah pada perlawanan ini sebelum ini pastinya tidak mahu mimpi ngeri itu berulang kembali bagi aksi menentang Penang tambahan pula akan bermain di halaman sendiri dan dihadapan penyokong sendiri.

Penang juga tidak mahu terlepas peluang untuk mencipta kemenangan pertama apabila berdepan dengan pasukan yang baru sahaja dinaikkan ke saingan liga super. Pastinya ini memberikan kelebihan kepada The Panthers dari segi pengalaman bermain di pentas yang lebih tinggi.

Adakah Kelantan berjaya menumbangkan Penang dalam aksi ketiga kali ini? Atau adakah Penang berjaya mencipta kejutan mengalahkan pasukan tuan rumah jauh daripada penyokong mereka di Pulau Pinang. Nantikan...

Pembelina Tiket Masuk Stadium Secara Online

Jadi nak bagi pasukan Kelantan untuk terus bersemangat bermain bola bagi mengalahkan lawan, penyokong setia kena datang ke stadium dan beri sokongan yang padu dengan menjadi pemain ke-12 untuk beri sorakan kepada pemain di atas padang.

Jadi anda boleh mula dapatkan tiket masuk ke stadium dengan pembelian secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM23.12 untuk tiket terbuka dan RM43.72 untuk tiket di astaka. Selain itu, anda juga boleh beli tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium dengan harga RM20.00 sahaja.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kelantan vs Penang

Untuk penyokong Penang yang tidak berkesempatan untuk travel ke Kelantan tapi nak tonton beramai-ramai, jangan risau anda masih boleh nikmati suasana tersebut apabila pihak kerajaan menerusi KBS ada menyediakan Skrin Besar untuk tontonan beramai-ramai bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang. Jadi boleh datang beramai-ramai secara percuma sahaja.

Tapi jangan risau kalau yang tidak berkesempatan untuk datang, perlawanan ini juga ada disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Juga menerusi platform online di web dan aplikasi RTM Klik.

Sebagai alternatif, match ini juga turut akan disiarkan secara live streaming di web dan aplikasi Sooka. Sebab di Sooka sudah ada live tv saluran RTM, anda boleh strim secara percuma sahaja tanpa perlu apa-apa langganan.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama pasukan Kelantan dan Penang dalam perlawanan ini

Kelantan vs Penang

Jadual Dan Keputusan Kelantan vs Penang Di Liga Super 2023

Ini merupakan jadual perlawanan melibatkan pasukan Kelantan dan Penang. Manakala untuk keputusan match ini pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi Liga Super 2023 antara Kelantan FC vs Penang FC pada 5 Mac ini, hari Ahad dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV

5 Mac 2023 (Ahad)

FT : Kelantan (2) - (0) Penang

Ismaheel Akanade 22'
Fazrul Amir 36'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post