Saingan Liga Super diteruskan lagi untuk minggu kesembilan belas dan antara perlawanan yang berlangsung kali ini mempertemukan Selangor vs KL City.
Ianya akan berlangsung pada 8 Ogos 2023, bersamaan pada hari Selasa, jam 9.00 malam bertempa di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Ini merupakan pertemuan atau derby Klang Valley kali kedua untuk kedua-dua pasukan. Kali pertama mereka bertemu juga dalam saingan liga pada minggu keenam (LS6).
Pada perlawanan tersebut menyaksikan Selangor bermain dengan baik meskipun bertandang ke Cheras dan akhirnya menyaksikan KL City tumpas 1-3 kepada pasukan lawan.
Kini sekali lagi mereka bertemu dan pastinya kedua-dua penyokong untuk kedua-dua pasukan ini tidak sabar untuk saksikan sekali lagi aksi epik daripada KL City dan Selangor.
Prestasi Terakhir KL City Dan Selangor
Jika dilihat prestasi semasa untuk lima perlawanan terakhir kedua-dua pasukan, Selangor sepertinya mempunyai kelebihan berbanding KL City.
Selangor hanya tewas dua kali sahaja. Selebihnya mereka menang dengan tiga perlawanan. Manakala KL City hanya menang sekali sahaja iaitu ketika bertemu Kelantan pada minggu sudah.
Dalam tempoh itu, mereka hanya tewas sekali tetapi meriah keputusan seri sebanyak tiga kali. Pastinya banyak mata yang terciri dalam tempoh tersebut.
Selangor kini mendudukan tangga ke-2 liga dengan mengumpul 40 mata dan berkelebihan satu perlawanan. Manakala KL City berada di tangga ke-6 dengan 28 mata.
Jika dilihat daripada kelebihan, pastinya juga berpihak kepada Selangor. Ini kerana mereka akan menjadi tuan rumah dengan melayan kunjungan KL City.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan Selangor dan KL City dalam perlawanan ini
Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online
Jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang mana ianya kini sudah mula dijual kepada kedua-dua penyokong sama ada pembelian secara online atau beli di kaunter stadium.
Anda boleh dapatkan tiket secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM20 untuk tiket terbuka dan RM5 untuk tiket kanak-kanak.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Selangor vs KL City
Untuk yang menonton di rumah, anda boleh saksikan secara langsung perlawanan ini yang akan dibawakan menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM serta tonton secara online di RTM Klik.
Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka. Sebab ditayangkan di RTM, tiada langganan diperlukan. Anda boleh tonton secara percuma.
Jadual Dan Keputusan Selangor vs KL City Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak antara Selangor dan KL City KL City untuk aksi Liga Super 2023 LS19 iaitu pada 8 Ogos ini, hari Selasa dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam
Untuk keputusan perlawanan hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat tempoh perlawanan 90 minit. Pasukan yang menang, tewas, jaringan gol dan sebagainya.
8 Ogos 2023 (Selasa)
FT : Selangor (2) - (0) KL City
Harith Haiqal 32'
Ayron del Valle 76'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM dan Sooka