Untuk hari kedua bagi minggu keenam Liga Super 2023 bakal berlangsung lagi tiga perlawanan dan salah satunya adalah pertemuan antara Kuching City FC vs PDRM FC pada 1 April 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Negeri, Kuching.
Kedua-dua pasukan adalah datang daripada Liga Premier. Jadi perlawanan ini pastinya menarik untuk disaksikan. Kita boleh lihat pasukan manakah yang lebih bergerak dengan baik apabila dinaikkan di liga yang lebih tinggi untuk musim kali ini.
Kuching City
Walaupun permulaan yang baik untuk Kuching City sebelum ini apabila menang pada LS1 bertemu Kelantan. Tapi betullah langit tidak selalu cerah apabila pasukan tersebut telah tewas kesemua empat perlawanan terakhir.
Walaubagaimanapun, kesemua hampir kesemua yang ditemuinya adalah pasukan gergasi Liga Super. Mungkin Kuching City ambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pertemuan pasukan yang mempunyai tempo permainan yang lebih laju.
PDRM
Sebelum ini, kita sudah saksikan bagaimana PDRM membuat kejutan apabila menumbangkan pasukan gergasi utara iaitu Kedah di laman mereka sendiri. Siapa sangka pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Super berjaya menumpaskan pasukan elit tersebut.
Walaupun bukanlah menjadi pasukan feveret, PDRM kini merupakan pasukan yang berada di kedudukan tertinggi iaitu di tempat ke-6 dengan 7 mata berbanding pasukan-pasukan lain yang baru dinaikkan ke Liga Super ini. Not bad sebenarnya.
Adakah Kuching City kali ini akan mengambil kesempatan bagi menggunakan sepenuhnya kelebihan yang mereka ada ketika bermain di tempat dan dihadapan penyokong sendiri? Atau mungkin PDRM berjaya membuat kejutan sekali lagi kali ini. Nantikan...
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan Kuching City dan PDRM dalam perlawanan ini
Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online
Selepas selesai solat tarawih nanti, boleh la ramai-ramai datang ke stadium untuk saksikan aksi bola sepak sekali gus memberikan sokongan kepada pemain-pemain bagi memberikan yang terbaik seterusnya meraih kemenangan.
Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online di laman web www.tickethotline.com.my dengan harga tiket RM13.05 untuk tiket terbuka dan RM18.05 untuk tiket berbumbung. Selain itu, tiket fizikal juga akan dijual di kaunter tiket stadium pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Kuching City vs PDRM
Untuk siaran langsung, anda boleh saksikan perlawanan ini menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau jika anda ingin tonton secara online boleh menggunakan Astro Go sama ada di web atau aplikasi iaitu khusus untuk pengguna Astro sahaja.
Kalau tiada Astro, anda boleh strim secara online di platform web atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan pas Liga Malaysia sama ada untuk pas 1-perlawanan dengan harga RM4.90 atau pas bulanan dengan harga RM28.90.
Jadual Dan Keputusan Kuching City vs PDRM Di Liga Super 2023
Ini merupakan jadual perlawanan bola sepak Liga Super melibatkan Kuching City dan PDRM. Manakala untuk keputusan perlawanan ini hanya akan dikemaskini dan diumumkan sejurus selepas tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut.
Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi Liga Super 2023 antara Kuching City FC vs PDRM FC pada 1 April ini, hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada jam 9.15 malam yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching.
1 April 2023 (Sabtu)
FT : Kuching City (0) - (1) PDRM
Bruno Suzuki 72'
Waktu : 9.15 Malam
Tempat : Stadium Negeri, Kuching
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go dan Sooka