Perlawanan bagi aksi Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu ketiga hari ketiga dimana bakal mempertemukan Kuching City FC dan Sabah FC yang mana perlawanan ini akan berlangusng pada 6 Mac 2023, hari Isnin jam 8.15 malam bertempat di Stadium Negeri Kuching.
Derby Borneo ini pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak tempatan khususnya bagi kedua-dua pasukan yang masing-masing berpengkalan di Sarawak untuk Kuching City dan pastinya kelab dari negeri Sabah itu sendiri iaitu Sabah.
Kuching City antara pasukan yang dinaikkan ke Liga Super tahun ini dan menjadi antara yang terbaik di antara mereka kerana berjaya memperoleh satu kemenangan dan kini menduduki carta kelapan daripada 14 pasukan dengan 3 mata.
Sabah menjadi antara pasukan yang masih belum tewas dalam dua perlawanan awal ini yang mana kini memungut 6 mata maksimum dibelakang pendahulu liga, Selangor. Sabah juga setakat ini telah menjaringkan sebanyak 7 gol antara yang terbanyak setakat ini.
Sabah pastinya ingin meneruskan rentak kemenangan kerana mereka sekali lagi bertemu dengan pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Super. Manakala Kuching City juga tidak mahu mimpi ngeri dibelasah sehingga 5 gol pada minggu lalu terjadi lagi terutamanya ketika bermain di hadapan penyokong sendiri.
Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online
Kali ini tiada lagi masuk secara percuma. Penonton dan penyokong tuan rumah terutamanya kena datang dan memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda dengan beli tiket untuk terus tampung perbelanjaan pasukan.
Jadi kini anda boleh mula dapatkan tiket masuk secara online di www.tickethotline.com.my dengan harga RM13.05 untuk tiket terbuka dan RM18.05 bagi tiket berbumbung. Selain itu, anda juga boleh beli tiket fizikal yang kini dijual di perkarangan stadium dengan harga bermula RM10.00
Siaran Langsung Liga Super 2023 Kuching City vs Sabah
Tetapi sekiranya anda tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau kerana perlawanan ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan juga boleh tonton secara online di Astro Go percuma untuk pengguna Astro.
Bagi yang tidak melanggan Astro, anda masih boleh tonton perlawanan ini secara live streaming di platform web dan aplikasi Sooka dengan harga langganan termurah RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau pas Liga Malaysia secara bulanan dengan harga RM28.90.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan Kuching City dan Sabah dalam perlawanan ini
Jadual Dan Keputusan Kuching City vs Sabah Di Liga Super 2023
Ini merupakan jadual perlawanan yang melibatkan pasukan Kuching City bertemu Sabah. Manakala untuk keputusan match ini hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut.
Jadi jangan terlepas untuk saksikan Liga Super 2023 antara Kuching City FC vs Sabah FC pada 6 Mac ini, hari Isnin dengan waktu sepak mula pada jam 8.15 malam berlangsung di Stadium Negeri Kuching.
6 Mac 2023 (Isnin)
FT : Kuching City (1) - (2) Sabah
Saddil Ramdani 24'
Abu Kamara 45+2'
Telmo Castanheira 58'
Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Negeri, Kuching
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka